Malaysia naik lima anak tangga ke kedudukan 166 dunia dalam senarai baharu ranking negara yang dikeluarkan oleh badan induk bolasepak dunia FIFA pada 3 Mac.
Malaysia mengumpul 129 mata, manakala negara di tangga ke 165, Bermuda mengumpul 135 mata.
Ranking nombor satu dunia dipegang Belgium yang mengumpul 1506 mata, manakala Argentina di tangga kedua dengan 1457 mata.
Namun Malaysia ketinggalan berbanding negara negara jiran seperti Myanmar (154), Singapura (148), Vietnam (146) dan Thailand yang berada di kedudukan 118 dunia.