iskandar.2

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad Piala Thomas negara menepati sasaran untuk muncul juara kumpulan C selepas menundukkan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak cemerlang melakar kemenangan 100 peratus dalam kesemua perlawanan selepas menundukkan Son Wan Hoo straight set 21-18, 21-15.

Percaturan menukar gandingan Koo Kien Keat, Tan Boon Heong dan Goh V Shem, Tan Wee Kiong nyata tidak berbaloi apabila kedua dua beregu ini tewas.

Goh Soon Huat yang digandingkan dengan Koo Kien Keat tewas kepada beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae, Yoo Yeon Song 16-21, 11-21.

Pemain perseorangan kedua sekali lagi menjadi milik Iskandar Zulkarnain yang turun berdepan pemain ranking ke 16 dunia, Lee Dong Keun.

Iskandar nyata tidak mengecewakan Tey Seu Bock dan Hendrawan apabila melakar kemenangan straight set 21-17, 21-15 sekaligus kembali meletakkan Malaysia didepan 2-1.

Korea Selatan berterima kasih kepada beregu kedua, Kim Sa Rang, Kim Gi Jung yang menewaskan beregu kedua negara, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong 21-14, 24-22 untuk mengikat kedudukan.

Perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng tampak tidak berdepan tekanan ketika berdepan Jeon Hyeok Jin straight set 21-16, 21-16 untuk memastikan kemenangan Malaysia 3-2 sekaligus memintas Korea Selatan dalam kumpulan C.

Perlawanan suku akhir dijadual berlangsung pada 19 Mei.

- Advertisement -