rio.2016.mascot

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia terus ceria apabila bakal menghantar atlit bagi acara angkat berat ke temasya Sukan Olimpik Rio 2016.

Slot itu berjaya diraih menerusi Kejohanan Angkat Berat Asia 2016 di Tashkent, Uzbekistan.

Kejohanan ini adalah peluang terakhir buat negara negara yang masih belum melayakkan diri untuk beraksi di sukan terkemuka dunia itu pada Ogos nanti.

Malaysia menamatkan  saingan dengan 137 mata untuk berada di kedudukan ketiga keseluruhan dibelakang Iran dan Jepun yang meraih 142 dan 144 mata.

Melengkapkan kuota 7 negara yang layak adalah Kyrgyzstan, Syiria, India dan Turmenistan.

Atlet negara yang akan menggalas tugas ke sukan Olimpik Rio masih belum diputuskan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia, PABM dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Kali terakhir Malaysia menghantar wakil di Sukan Olimpik dalam acara angkat berat adalah pada 2008 di Beijing menerusi Amirul Hamizan Ibrahim yang beraksi dalam acara bawah 56 kilogram.

- Advertisement -