Pasukan bola keranjang lelaki negara sah menarik diri sekaligus tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Kelayakan Piala Asia Persekutuan Bolakeranjang Antarabangsa (FIBA) yang dijadual berlangsung pada bulan ini susulan pandemik Covid 19.

Persatuan Bolakeranjang Malaysia (MABA) semalam membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) yang menyarankan untuk tidak mengambil bahagian atas faktor keselamatan.

Malah, kerajaan juga sedang menguatkuasakan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 sehingga 18 Februari.

MABA juga mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan melibatkan pemain dan pegawai pasukan.

Kelayakan FIBA Piala Asia 2021 dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 Februari di Doha, Qatar.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama sama China, Jepun dan Taiwan.

Taiwan juga telah menarik diri daripada menyertai kelayakan ini kerana tidak dapat memenuhi kriteria minimum 10 pemain dalam satu pasukan susulan pandemik Covid 19.

Dalam perkembangan yang sama, hari ini tuan rumah, Qatar mengumumkan pembatalan untuk meneruskan kejohanan itu susulan peningkatan kes Covid 19 di negara itu.

Pengarah Eksekutif FIBA bagi rantau Asia, Hagop Khajirian menjelaskan, surat telah dihantar kepada negara negara yang terlibat dimana Kementerian Kesihatan Qatar telah mengarahkan agar kesemua kejohanan yang berlangsung dinegara itu dibatalkan.

- Advertisement -