Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada 2018.
Pemangku Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan Malaysia dipilih sebulat suara untuk menjadi tuan rumah ACC 2018 selepas Thailand dan Korea Selatan menarik balik borang pembidaan masing-masing.
Menerusi kenyataan media, keputusan pemilihan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC 2016 yang diadakan di Grand Hyatt di Doha, Qatar semalam.
“Dalam penerangan tersebut, Datuk Amarjit berjaya meyakinkan panel pemilihan bahawa Malaysia perlu menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 secara merit.” Kata Datuk Abu Samah
Datuk Abu Samah yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata, ini merupakan pelaung terbaik buat pelumba trek negara untuk memburu podium dilaman sendiri.
“Untuk kejohanan ini, Malaysia hanya akan menganjurkan acara trek manakala Jawatankuasa Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC belum memutuskan tuan rumah untuk ACC 2018 bagi acara lebuh raya,” katanya lagi.
Venue bagi acara trek ACC 2018 masih belum diputuskan samada menggunakan Velodrom di Nilai, Negeri Sembilan atau Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.
Dikhabarkan Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak dipilih untuk menjadi venue bagi ACC Trek 2018, namun masih ditutup untuk kerja kerja menaik taraf.
PKBM turut memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memastikan ACC 2018 berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
India akan menjadi tuan rumah bagi acara trek ACC 2017 manakala Bahrain menjadi venue bagi acara lebuhraya.