indo.fans
Indonesian fans

Oleh Ku Mohd Lufti

Impian Malaysia untuk mengisi slot terakhir ke final Piala Thomas 2016 musnah selepas tumpas 2-3 kepada Denmark.

Ternyata suntikan moral kapten Piala Thomas, Datuk Lee Chong Wei tidak memberi kesan apabila sandaran kepada rakan rakan sepasukan untuk memburu final.

Datuk Lee Chong Wei sedikit cemas sebelum menundukkan Viktor Axelsen untuk menyumbang mata pertama Malaysia dengan kemenangan 23-21, 21-18.

Ini adalah kemenangan ke 9 Lee Chong Wei ke atas Viktor Axelsen dan lapan daripadanya dimenangi dengan keputusan straight set kecuali di terbuka Perancis tahun lalu dimana Chong Wei menang dalam aksi 3 set.

Denmark yang juga juara kumpulan D semakin tertekan apabila beregu negara, Goh V Shem, Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua.

Berdepan Mathias Boe, Mads Conrad Petersen, V Shem dan Wee Kiong tidak diberi laluan mudah sebelum menang straight set 21-18, 21-18.

Luka Malaysia bermula ketika aksi perseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain yang turun menentang Hans Kristian Vittinghus.

Segalanya tampak baik diawal set apabila Iskandar mendahului lawannya namun gagal mengekalkan momentum tersebut ketika dipenghujung set.

Hans Kristian Vittinghus seakan akan sudah membaca gerakan Iskandar untuk memerangkap sekaligus melakar kemenangan 21-18.

Iskandar tampak tertekan di set kedua apabila banyak melakukan unforce error selain memberi banyak member bola tanggung kepada lawannya.

Iskandar cuba bangkit dipenghujung set kedua, namun gagal meraih kemenangan apabila tewas18-21 sekaligus Denmark mengurangkan defisit mata 1-2.

Malaysia ternaya bergantung harap kepada gandingan beregu senior negara, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong untuk memberikan mata kemenangan.

Berdepan Kim Astrup, Anders Skaarup Rasmussen , Koo, Tan tidak berdepan masalah untuk menang 21-10 di set pertama.

Namun astrup dan Rasmussen memperkemaskan rentak permainan di set kedua dan tidak menunggu lama untuk melakar kemenangan 21-8 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Beregu kedua Denmark tampak cukup bersemangat dan menanti ruang terbuka untuk memerangkap Koo, Tan sekaligus menang 21-13 di set penentuan untuk mata penyamaan Denmark.

Debaran kedua dua pasukan untuk ke final ditentukan menerusi aksi perseorangan ketiga antara Chong wei Feng dan Emil Holst.

Wei Feng seakan akan tidak mampu untuk membalas asakan Emil apabila dipaksa bermain disegenap gelanggang selain permainan jaring sekaligus menutup aksi separuh akhir kedua 21-15, 21-18.

Denmark akan berdepan Indonesia di pentas final dalam misi menjulang trofi Piala Thomas buat pertama kali selepas sekadar muncul naib juara dua kali berturut turut pada 2004, dan 2006.

- Advertisement -