#Saingan sengit dijangkakan di Tasik Putrajaya pada 2-4 Februari

#Peluang buat para perenang kebangsaan di rantau ini untuk merebut gelaran Raja dan Ratu Renang Maraton 10km Asia Tenggara

 

Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) bakal dianjurkan buat julung kalinya pada 2-4 Februari depan, dengan Malaysia mendapat penghormatan selaku tuan rumah pertamanya.

SEAOWSC, yang dikelolakan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bersama Hybrid Management Sdn Bhd sebagai Rakan Acara dan Logistiknya, dijangka menghimpunkan lebih 400 perenang elit dan amatur dari rantau ini bagi merancakkan saingan yang akan bertempat di Tasik Putrajaya, sekaligus meneruskan kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan pada 1 Februari.

Disegani kerana keindahannya, Tasik Putrajaya sebelum ini pernah menglangsungkan Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia ketujuh dan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, kedua-duanya pada 2017.

Di venue ikonik inilah menjadi saksi kepada kejayaan dua bekas perenang kebanggaan negara iaitu Kevin Yeap dan Heidi Gan meraih pingat emas Sukan SEA bagi acara 10km lelaki dan wanita masing-masing.

Setakat ini, enam buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina telahpun mengesahkan penyertaan untuk kejohanan yang disanksi oleh Persekutuan Renang Asia Tenggara (SEASF) itu.

Sebanyak enam kategori akan dipertandingkan di SEAOWSC membabitkan jarak 5km dan maraton 10km untuk lelaki dan Wanita serta renang berganti-ganti berpasukan campuran 4×1.5km.

Tumpuan utama pastinya akan terarah kepada perebutan gelaran Raja dan Ratu maraton 10km Asia Tenggara.

Kategori maraton 10km dianggap sebagai acara ‘flagship’ kerana ia merupakan satu-satunya saingan yang dipertandingan di temasya Sukan Olimpik.
Bagi yang baru berkecimpung dalam sukan ini, jangan risau kerana anda juga boleh mengambil bahagian!

Kumpulan perenang amatur ini juga berkesempatan menguji kehebatan diri menerusi acara Renang Hari Wilayah Persekutuan oleh NeptuneX113, iaitu acara lepas beramai-ramai 1.5km, yang dibuka kepada orang awam.

Setiausaha Agung MAS Mae Chen menganggap penganjuran SEAOWSC sebagai satu perkembangan yang positif dan penting bagi sukan renang perairan terbuka di Malaysia.
“Objektif utama penganjuran SEAOWSC adalah bagi membangunkan sukan renang perairan terbuka yang begitu berpotensi di rantau Asia Tenggara, di samping mencungkil bakat baharu,” said Mae.

“Kami mahukan SEAOWSC menjadi pentas untuk para perenang di rantau ini untuk menguji kebolehan masing-masing dalam persekitaran pertandingan yang kompetitif dan selamat.

“Sejak renang perairan terbuka dipertandingan untuk kali pertama pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008, sukan ini sebenarnya mula mendapat tumpuan di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

“Justeru, menerusi Kejohanan ini, kami akan dapat mengenalpasti bakat baharu yang boleh diketengahkan dan seterusnya melahirkan sekumpulan besar perenang yang kompetitif. Mudah-mudahan renang perairan terbuka ini akan menjadi acara yang kekal pada setiap temasya Sukan SEA.

“MAS ingin melahirkan penghargaan kepada semua pemegang taruh, Kementerian Belia dan Sukan, penaja venue Perbadan Putrajaya serta Rakan Acara dan Logistik kami Hybrid Management Sdn Bhd serta lain-lain penaja yang menyumbang kepada Kejohanan sulung ini.”

Pengerusi Perbadanan Putrajaya Datuk Fadhlun Mak Ujud memberitahu pihaknya berasa teruja untuk menjadi hos kepada satu lagi kejohanan bertaraf antarabangsa, lebih-lebih lagi bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

“Penganjuran SEAOWSC di Putrajaya pada Februari depan tentunya menambah lagi kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan,” said Fadhlun.

“Tasik Putrajaya merupakan venue ikonik yang pernah menganjurkan beberapa acara berprestij seperti Kejohanan Dunia Red Bull Air Race, Kejohanan Dunia F1 Powerboat, Kejohanan Kenu Asia dan Sukan SEA Kuala Lumpur. Maka SEAOWSC bakal menjadi sebahagian daripada senarai panjang acara yang pernah berlangsung di tasik yang tersergam indah ini.

“Kami mengharapkan agar acara ini akan menjadi saksi kepada lebih banyak detik bersejarah dah tidak dilupakan. Bagi pihak Perbadan Putrajaya, kami ucapkan selamat bertanding kepada semua peserta.

Pengarah Eksekutif Hybrid Management Sdn Bhd Penny Wong berkata: “Hybrid Management berasa teruja dan bangga untuk dilantik sebagai Rakan Acara dan Logistik bagi kejohanan ini. Kepercayaan yang MAS letakkan pada kami akan kami balas dengan memastikan SEAOWSC dilangsungkan dengan jayanya.

“Berbekalkan pengalaman luas kami melalui penganjuran beberapa pertandingan Siri NeptuneX sebelum ini, kami jamin bahawa keselamatan semua peserta adalah menjadi menjadi keutamaan kami.

- Advertisement -