Oleh Ku Mohd Lufti
Skuad kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke 174 dunia dalam senarai ranking terkini yang dikeluarkan oleh badan induk bolasepak dunia FIFA.
Kejatuhan ranking Malaysia susulan kekalahan kepada Arab Saudi dalam kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 selain mencatat keputusan seri tanpa jaringan ke atas Macau dalam perlawanan persahabatan antarabangsa penghujung Mac lalu
Ini adalah kedudukan terburuk Harimau Malaysia selepas menduduki ranking ke 171 dunia selama dua bulan pada Januari dan Februari 2016.