Maldives tampak tidak akan memberi ruang kepada Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung malam ini.

Pengendalinya, Petar Segart menjelaskan, meskipun pasukannya turun ke Bukit Jalil dengan status pemenang Piala Persekutuan Bolasepak Asia Selatan (SAFF) tahun ini, beliau mahu ia dilupakan.

“Kami menang Piala SAFF 2018. Tidak kira siapa yang akan turun nanti, tetapi ini yang penting, kami perlu letakkan ketepi (Piala SAFF) ketepi kerana esok (malam ini) anda (Malaysia) tidak akan hormat kepada kami.

 

 

“Kami perlu bersedia dan saya pesan kepada pemain pemain, ‘kita perlu bermula dari sifar’. Selepas menang piala SAFF, kami perlu bermula dari sifar,”kata Petar Segrt.

Tambah bekas pengendali skuad kebangsaan Afghanistan itu, faktor cuaca dan kecederaan antara masalah yang membelenggu barisan pemain Maldives ketika ini.

 

 

“Kami belum sempat untuk menjalani sesi latihan kerana cuaca hujan dan harapnya kami mampu untuk menjalani latihan malam ini (semalam).

“Selain itu, beberapa tonggak kami juga mengalami kecederaan termasuk penjaga gol utama yang dinobat sebagai pemain terbaik SAFF 2018. Jadi kami membawa pemain pemain muda,”katanya lagi.

Petar juga mengakui Malaysia mempunyai pemain pemain sayap yang pantas serta pertahanan yang kental dibawah kendalian Tan Cheng Hoe

Malaysia akan kempen peringkat kumpulan A Piala AFF menentang Kemboja pada 8 November sebelum aksi berdepan Laos empat hari kemudian disusuli perlawanan dengan Vietnam pada 16 November dan aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Myanmar pada 24 November. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -