Markis Kido – mantan atlet badminton Indonesia yang pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik pada tahun 2008 – telah meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung.
Markis dikatakan telah menghembus nafas terakhir sewaktu bermain badminton di Tangerang.
Markis pernah memenangi pingat emas untuk Indonesia di Sukan Olimpik pada tahun 2008 di Beijing. Saat itu Markis berpasangan dengan Hendra Setiawan.
Selain itu, pada tahun 2007 Markis menjuarai BWF World Championship di Kuala Lumpur, Malaysia.
Markis memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 2005 Â berpasangan dengan Hendra Setiawan.
Gandingan beliau bersama Hendra ini membuahkan banyak gelaran termasuk tujuh pingat emas di Sukan SEA.Â