Hala tuju sukan badminton di dunia bakal ditentukan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam masa terdekat.
BWF mengadakan mesyuarat dan forum bersama sama ahli ahli gabungan dari seluruh dunia di Bangkok, Thailand bagi memberi penerangan terhadap sistem format yang baru.
Sistem penggunaan format kiraan 11 mata dijangka diperkenalkan hari ini selepas mesyuarat agung BWF, sekaligus tidak lagi menggunakan format kiraan 21 mata.
Namun format baru ini tidak akan diguna pakai ketika saingan Piala Thomas atau mana mana kejohanan dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh andai mendapat persetujuan, sistem baru ini akan bermula penghujung tahun ini untuk kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Masih belum dapat dipastikan sejauh mana ahli gabungan dibawah BWF bersetuju untuk mengubah sistem kiraan 21 mata yang digunakan sejak 2006.
Sistem baru mungkin sesuai untuk pemain pemain muda manakala pemain senior terpaksa bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yag lebih pantas serta aggresif.