Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) masih berteka teki tentang senarai pemain yang akan dikekalkan bagi musim depan.

Kontrak pemain pemain The Boss Gaurus yang kini sedang berjuang di peringkat suku akhir  Piala Malaysia masih belum menemui titik noktah meskipun bakal tamat penghujung tahun ini.

Pengurusan The Boss Gaurus menjelaskan keputusan siapa yang akan kekal dan pemain mana yang akan dilepas diserahkan kepada barisan kejurulatihan dan Mehmet Durakovic.

Spekulasi tentang masa depan pemain pemain Perak yang tampak samar bermula susulan kenyataan tentang kemungkinan Juara Piala Malaysia 2018 itu yang dikatakan tidak akan menggunakan khidmat pemain import bagi mengharungi musim depan.

Situasi ini jelas menarik minat pasukan pasukan lain yang berhasrat untuk mengukuhkan barisan pemain mereka untuk mendapatkan pemain utama skuad Perak.

The Boss Gaurus akan mengharungi aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2019 Sabtu ini menentang Selangor di Shah Alam dengan kelebihan satu gol.

 

 

- Advertisement -