Japan Olympics Tokyo 2020

 

 

Masa depan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin pudar dengan keadaan semasa negara Jepun serta global amnya.

Dengan peningkatan kes Covid 19 di Jepun ditambah dengan perintah darurat dikenakan ke atas negara itu susulan peningkatan kes sehingga 1500 setiap hari.

Menteri Menteri Kabinet Jepun juga baru baru ini menjelaskan negara itu perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dibatalkan.

Namun, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menyatakan pandangannya persiapan penganjuran masih berjalan seperti biasa.

Kesemua pihak yang terlibat sedang berusaha untuk mencari idea dan pelan yang terbaik untuk memastikan penganjuran Tokyo 2020 berlangsung dengan sebaik mungkin dan pada masa yang sama, bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang lain.

Kesukaran yang perlu ‘ditanggung’ Jepun jika meneruskan penganjuran Tokyo 2020 adalah memikirkan soal kemasukan penonton ke venue venue pertandingan selain prosedur imigresen yang perlu diselidik dan diteliti.

Presiden Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Yoshiroi Mori menjelaskan keputusan berhubung masa depan Tokyo 2020 dijangka akan diumumkan sekitar Februari ataupun Mac depan.

 

 

- Advertisement -