JAWATANKUASA Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 berpuas hati dengan tahap persediaan tiga venue utama Sukan SEA ke-29 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Bukit Kiara dan Pusat Tenis Negara (NTC) Kuala Lumpur.

Kumpulan pengurusan MASOC yang diterajui Ketua Pegawai Operasi MASOC Shaiful Subhan pada Ahad (23 Julai) bagi meninjau dan memastikan kerja-kerja persiapan di venue berkenaan siap menjelang bermula Sukan SEA Ogos ini. Turut sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Norazli Indzam dan wakil Kementerian, pegawai persatuan sukan terbabit dan kontraktor.

Sukan SEA ke-29 bermula secara rasmi dengan pembukaan rasmi pada 19 Ogos tetapi beberapa pertandingan bermula awal mulai 14 Ogos ini.

MITEC, yang merupakan antara tiga hab utama temasya, menjadi fokus kerana bukan sahaja menempatkan lapan pertandingan sukan (muay, lawan pedang, bola tampar, angkat berat, hoki dalam dewan, gimnastik (artistik dan gimrama), ping pong dan tinju), tetapi juga bakal menjadi tempat tumpuan media cetak dan elektronik kerana menempatkan Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC).

MITEC juga menjadi venue tujuh acara bagi Sukan Para ASEAN ke-9 iaitu catur, boccia, goalball, ping pong, powerlifting, bola tampar duduk dan bola keranjang kerusi roda.

Kerja-kerja menyiapkan venue dan MPC sedang rancak dijalankan manakala syarikat produksi luar negara yang mengendalikan urusan pembinaan dan kelengkapan teknikal IBC sudah pun memasuki pusat penyiaran itu sejak 1 Julai lepas.

“MITEC telah diserah kepada MASOC beberapa minggu lepas, jadi ketika ini selain di dalam dewan, kerja di luar bangunan juga sedang rancak,” kata Shaiful.

“Kami sasarkan konsortium penyiar Sukan SEA dapat memasuki IBC mulai 1 Ogos ini dan berharap dewan-dewan pertandingan juga dapat digunakan lebih awal bagi tujuan latihan oleh atlet,” kata beliau.

MASOC berpuas hati dengan persiapan di Bukit Kiara yang menjadi hos sukan bola jaring dan boling padang yang kini sedang digunakan bagi kejohanan pra Sukan SEA bagi menguji pelbagai kemudahan dan tahap kesediaan.

Gelanggang bola jaring di Stadium Juara dibuka awal mulai 14 Ogos membabitkan perlawanan peringkat awal sebelum aksi final dijadual berlangsung pada 20 Ogos.

“Lawn Bowls pula tiada masalah, sebenarnya pada hari ini (Ahad 23 Julai), berlangsung acara pra Sukan SEA bagi menguji kelengkapan dan sistem di venue,” kata Shaiful.

Secara keseluruhan, persiapan di MITEC, Bukit Kiara serta NTC sudah 90 peratus siap dan MASOC akan mempergiatkan  penyelarasan dengan jawatankuasa lain seperti protocol, makanan, teknikal, serta persatuan sukan kebangsaan dan pasukan overlay untuk memastikan segalanya siap sepenuhnya.

VENUE PREPARATIONS AT MITEC, BUKIT KIARA AND NTC PROGRESSING WELL

PREPARATIONS at three SEA Games 2017 main venues at MITEC, Bukit Kiara and National Tennis Centre (NTC) are well on track and will be fully ready by early August.

The Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 top management team, led by Chief Operating Officer (COO) Shaiful Subhan, on Sunday (23 July 2017) inspected the three venues to ensure the level of readiness of the venues. Also present were Sports Ministry Development Division Under-Secretary, Norazli Indzam, representatives from the National Sports Associations and venue contractors.

The 29th SEA Games starts officially on Aug 19 but competition for some sports will commence early from Aug 14.

MITEC, among the three main hubs of the Games, will be the main focus as apart from hosting eight indoor sports – muay, fencing, volleyball, weightlifting, indoor hockey, gymnastic (artistic and rhythmic), table tennis and boxing –, the newly-built centre will also house the Main Press Centre (MPC) and the International Broadcast Centre (IBC) at Level 1.

Seven Para sports will be held at MITEC for the 9th ASEAN Para Games, namely chess, boccia, goalball, table tennis, powerlifting, sitting volleyball and wheelchair basketball.

 Minor construction and touch-up works at the competition halls, MPC and IBC are now in progress and Shaiful expects that the venue will be ready by first week of August.

“MITEC was handed over to MASOC few weeks ago and we’re looking forward to prepare the venue as early as possible to allow our athletes to familiarise themselves and train there before the commencement of the Games.

“The Games Host Broadcaster and consortium are also expected to check into IBC by Aug 1,” he said.  

MASOC were also pleased with the progress of preparation at the netball and lawn bowls venues in Bukit Kiara.

The Juara Stadium will be opened for netball competition beginning 14 August while the finals is scheduled on 20 Aug.

“Everything is well at the lawn bowls arena …in fact, right now they’re having the pre-SEA Games event to test the facilities and systems there,” said Shaiful.

- Advertisement -