Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Takzim memastikan gelanggang baru, Stadium Sultan Ibrahim cemerlang dengan rekod tanpa kalah selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL).
Watak penting yang memastikan tiga mata pertama berjaya dihasilkan oleh JDT adalah Mauricio Dos Santos yang menanduk masuk gol kemenangan JDT di penghujung perlawan.
Selepas tewas kepada Vissel Kobe dalam aksi pembukaan, JDT turun dengan azam yang baru ketika melayan kunjungan Suwon Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim.
Kejayaan menjulang trofi Sumbangsih tampak menambahkan lagi semangat juang anak didik Benjamin Mora untuk meraih kemenangan.
Minit ke 13, sorakan bergema di Stadium Sultan Ibrahim apabila pengadil perlawanan menghadiahkan penalti kepada JDT selepas Min Sang Gi yang mengasari Diogo Dos Santos.
Gonzalo Cabrera tidak mensia siakan peluang untuk memastikan JDT mendahului 1-0 dibabak pertama perlawanan.
Keceriaan kem JDT terhenti seketika apabila TRerry Antonis melepaskan rembatan untuk menewaskan Farizal Marlias sekaligus mengikat kedudukan di minit 51.
Kubu JDT terus diuji bertubi tubi namun Mauricio dan Fadhli Shas kental bertahan dan menyerap asakan pelawat.
Nazmi Faiz yang tidak diturunkan ketika Piala Sumbangsih membuktikan kemampuannya apabila hantaran silang ditanduk kemas Mauricio untuk menewaskan penjaga gawang No Dong Geong sekaligus kembali meletakkan tuan rumah didepan 2-1.
Selepas dua perlawanan, JDT menghuni tangga kedua kumpulan G dengan tiga mata, tiga mata dibelakang pendahulu Vissel Kobe sementara Suwon Bluewings ditangga tercorot tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.