MELAKAĀ mengukuhkan kedudukan untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya selepas melengkapkan perlawanan Kumpulan B dengan kemenanganĀ 3-1Ā ke atasĀ Negeri SembilanĀ pada Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak hari ini.Ā 

Melaka melengkapkan kempen peringkat awal dengan 10 mata keseluruhan untuk menghuni puncak Kumpulan, manakala Negeri Sembilan, yang kini di tangga ketiga dengan enam mata, tiada pilihan kecuali menang dalam pertemuan menentang Terengganu esok.Ā 

Terengganu juga berada dalam keadaan selesa dan keputusan seri menentang Negeri Sembilan esok sudah cukup untuk melayakkan skuad Pantai Timur itu ke pusingan seterusnya.Ā 

Melaka turun dengan strategi aggresif yang nyata membuahkan hasil apabila Muhammad Firdaus Omar mengegar gawang Negeri Sembilan seawal minit ke-5 menerusi jaringan sudut penalti.Ā Ā 

Jaringan padang Muhammad Firdaus Fauzi pada minit ke-26 memberi kelebihan buat Melaka sebelum M. Saravanan merapatkan jurang buat Negeri Sembilan pada minit ke-29.

Dua suku terakhir menyaksikan Melaka meningkatkan momentum dan sekali lagi berjaya membolosi pertahanan lawan menerusi jaringan penalti sudut Adam Aiman Mamat pada minit ke-40.Ā 

ā€œKita bermula baik dan jaringan awal yang kami perolehi membantu menguatkan motivasi pasukan. Masih ada masalah penyudahan dan akan diperbaiki pada pusingan seterusnya nanti,ā€ kata ketua pasukan Melaka, Muhammad Firdaus Omar.Ā 

Negeri Sembilan tiada pilihan kecuali menang apabila berdepan Terengganu esok sekiranya mahu mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.Ā 

Dalam pada itu,Ā ATMĀ juga perlu memastikan kemenangan menentang Kuala Lumpur pada perlawanan terakhir kumpulan esok bagi mengukuhkan kedudukan selepas perlawanan menentangĀ Pulau PinangĀ hari ini berkesudahanĀ seri 5-5.

Bagi Kuala Lumpur, kemenangan menentang ATM esok akan memastikan skuad kendalian James Murthy itu sebagai juara Kumpulan dengan 9 mata.Ā 

Pahang juga turun dengan misi mesti menang apabila menentang Kelantan esok sekiranya berharap untuk layak ke pusingan XY.Ā Ā 

ATM meraih jaringan menerusi Razali Mohd Hazemi (minit ke35, 48), Muhammad Affif Azfar Salim (minit ke-5), Mohd Norhafizie Jamil Azomi (22) dan Mohd Yaid Yahya (minit ke-60) manakala Pulau Pinang menerusi Rahull Hrsikesa ohd Murni (miniyt ke-32, 41), Angad Singh Khalsa (minit ke-20), Muhammad Danish Daniel (42) dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (ke-60).

ā€œKami agak terleka sehingga Pulau Pinang dapat mengikat kedudukan dan perkaraā€¦ini akan diperbaiki pada perlawanan penting menentang Kuala Lumpur esok,ā€ kata pemain pertahanan ATM Mohd Yazid Yahya.Ā 

Saingan Kumpulan A menyaksikanĀ PerakĀ mengesahkan kedudukan selaku juara dengan 7 mata keseluruhan biarpun sekadarĀ seri 2-2Ā denganĀ SelangorĀ pada perlawanan terakhir Kumpulan.Ā 

Selangor berputih mata apabila sekadar mengutip emat mata dalam Kumpulan sekaligus gagal menyaingi kedudukan PDRM yang sebelum itu menumpaskan Sabah 2-1 untuk mara ke pusingan seterusnya selaku naib juara Kumpulan.Ā 

Ketika Selangor sudah mencongak kemenangan dan tiga mata penuh, penyerang Perak Shazril Irwan Nazli meledak gol penyamaan untuk menyingkir dan memusnahkan haapan Selangor.

Jaringan awal penalti sudut penyerang Selangor Muhd Faisol Rozihan seawal minit ke-2 nyata mengejutkan Perak yang berdepan kesukaran menguasai permainan.

Muhammad Fikti Amer Runnizar melebarkan jaringan buat Selangor pada minit ke-29 tetapi Perak dapat merapatkan sedikit jurang menerusi jarngan padang Saiful Sharil Bahri pada minit ke-30.Ā 

Dengan perlawanan berbaki enam minit, Shazril Irwan kemudian menemui sentuhan jaringan menerusi penalti sudut untuk menyamakan kedudukan, sekaligus mengesahkan kemaraan Perak.Ā 

PDRMĀ terpaksa berhempas pulas sebelum mengetepikanĀ Sabah 2-1Ā sekaligus meraih kedudukan kedua dalam Kumpulan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sabah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan padang Muhammad Salman Sudirman.Ā 

Penyerang Baljit Singh menjadi wira PDRM apabila menyelamatkan pasukan daripada tersingkir menerusi dua gol pada minit ke-43 dan 51.Ā 

ā€œLega dapat ke pusingan seterusnya selepas diberi tentangan hebat oleh Sabah. Pada awal 15 minit memang pemain agak goyah, tetapi mereka dapat kawal rentak dan lebih tenang pada suku terakhir untuk membantu kemenangan ini,ā€ kata Baljit.Ā 

Ā 

JADUAL PERLAWANAN (Isnin, 15/11/21)

LELAKI

Kumpulan C (4.00 ptg)

NHS 1: Kuala LumpurĀ Ā mlnĀ Ā ATM

NHS 2:Ā Ā Pahang mln Kelantan

Kumpulan B (6.00 ptg)Ā 

NHS 1: Kedah mln PerlisĀ 

NHS 2: Terengganu mln Negeri Sembilan

- Advertisement -