9th ASEAN Para Games KL2017 – Archery Mixed Team Compound Gold Medallist – Malaysia Morogen AL Komoran & Nor Sa’Adah Abdul Wahab(right)

Morogen Komoran dan Nor Saadah Abdul Wahab menyumbang satu-satunya pingat emas buat Malaysia dalam acara terbuka compound berpasukan campuran para memanah di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Jumaat (22 Sept).

Morogen dan Nur Saadah mencatat 138 mata untuk mengetepikan cabaran daripada pasangan Indonesia, Toto Wastomi/Tutik Yumiati yang mendapat 117 mata untuk pingat perak.

Pasangan Singapura Nur Syahidah Alim/Robert Fuchs meraih gangsa dengan 133 mata, menewaskan Aungaphinan Anon/Panmai Ratchanee dari Thailand yang mendapat 126 mata.

Dalam acara Terbuka Recurve berpasukan campuran, pasangan Indonesia Muhammad Nurhadi/Vironika Ninik Umardyani menewaskan Khutawisap Wasana/Netsiri Hanreuchai dari Thailand.

Pasangan Malaysia Ananthy Lachimanan/Hasihin Sanawi meraih gangsa menewaskan Agustina Maximo Bantiloc/Giovanni Mawagay Ola dari Filipina.


“Kami gembira dapat membawa pulang pingat emas ini untuk Malaysia selepas mengalami kekalahan semalam. Ini untuk mu Malaysia,” kata Morogen dan Nor Saadah.

Malaysia menamatkan pertandingan para memanah dengan satu emas, dua perak dan lima gangsa.

- Advertisement -