29th SEA Games KL2015 Menembak 10m Air Pistol Individu Wanita - Podium
Pemenang 10m Air Pistol individu wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Dari kiri – Le Thi Linh Chi dari Vietnam, Mae Poe Wah dari Myanmar dan Bibiana Ng.

PENEMBAK veteran wanita negara Bibiana Ng, yang konsentrasinya terganggu semasa bertanding, sekadar meraih gangsa pada acara 10m Air Pistol individu wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Lapang Sasar Nasional di Subang pada Khamis (24 Ogos).

Emas dimenangi Mae Poe Wah dari Myanmar dengan 234.4 mata manakala Le Thi Linh Chi dari Vietnam (232.1 mata) pingat perak. Jumlah mata keseluruhan yang dikutip Bibiana Ng ialah 212.0.

“Dulu, penyokong hanya akan bersorak selepas tembakan dibuat tetapi sekarang penyokong dibenarkan bersorak semasa atlet membuat tembakan dan muzik juga dimainkan semasa acara berlangsung. Oleh itu, fokus kami sedikit sebanyak terganggu,” kata Bibiana, 40.

“Namun ini bukan alasan kerana semua finalis mengalami perasaan yang sama. Kami cuma perlu kuatkan mental,” kata beliau.

Bagaimanapun, Bibiana berpuas hati kerana dapat menyumbangkan pingat kepada Malaysia kerana sudah lama tidak memenangi sebarang pingat bagi acara individu.

29th SEA Games KL2015 Menembak Malaysia - Muhammad Ezuan Bin Nasir Khan(kiri) & Bibiana Ng
29th SEA Games KL2015 Menembak Malaysia – Muhammad Ezuan Bin Nasir Khan(kiri) & Bibiana Ng
- Advertisement -