Bahagian kejuruteraan University College London (UCL) bersama sama kakitangan Hospital UCL dan Mercedes Formula One mencipta alat bantuan pernafasan sekaligus mengurangkan penggunaan mesin ventilator.
Alat yang dinamakan Continues Positive Airway Pressure (CPAP) boleh digunakan individu yang positif Covid-19 tanpa diletakkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mesin ini akan membantu dan membuka salur pernafasan pesakit yang menghidap Covid-19 yang mengalami masalah ketika bernafas.
CPAP telah digunakan dan dihantar ke UCLH dan toga lagi hospital di sekitar London namun masih kekurangan berbanding jumlah pesakit yang ada ketika ini.
Jika percubaan ini berjaya, Mercedes-AMG-High Performance Powertrains mampu untuk memghasilkan 1000 unit mesin CPAP setiap hari.
Mesin CPAP ini juga telah mendapat kelulusan oleh Agensi Penguatkuasaan Ubat ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA).
Laporan media antarabangsa menjelaskan, mesin CPAP ini berjaya dihasilkan dalam tempoh yang singkat kerana ia berdasarkan peralatan yang sedia ada, cuma beberapa pengubahsuaian dilakukan untuk dihasilkan lebih cepat dan mengikut standard yang ditetapkan.
Pengarah Urusan Mercedes-AMG HPP, Andy Cowel nyata gembira dengan usaha yang teah dilakukan oleh komuniti Formula One untuk membantu dalam menghasilkan mesin CPAP dengan kadar yang pantas sekaligus bersama sama dengan pihak UCLH untuk menangani situasi pandemik Covid-19.
Namun, ada juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutama struktur pada topeng penafasan.
Kajian dan pemerhatian daripada pakar perubatan berpendapat, topeng untuk menutup keseluruhan muka pesakit mungkin lebih baik kerana jika berlaku kebocoran pada topeng yang digunakan oleh pesakit Covid-19, pegawai perubatan atau individu yang berdekatan mungkin terdedah kepada jangkitan.