Masa depan kapten Barcelona, Lionel Messi semakin ‘panas’ apabila dikhabarkan mahu meninggalkan Nou Camp.

Penyerang berusia 34 tahun itu dikhabarkan berang apabila perbincangan sulit dengan pengurus baru Barca, Ronald Koeman bocor dan disiarkan di akhbar di Argentina.

Situasi ini menyebabkan pengurusan Barcelona yang terpaksa bersedia untuk meletakkan Messi dalam senarai pemain pemain yang akan dijual oleh kelab itu.

Beliau sebelum ini ‘menyepikan; diri untuk memberi ruang kepada dirinya sebelum memutuskan masa depannya di Nou Camp tatkala Barca amat memerlukan sentuhannya untuk memulihkan status dan kredibiliti kelab itu.

Moral Messi jatuh ketika bersama Barcelona yang tewas terus 2-8 di tangan Bayern Munich ketika saingan Liga Juara Juara.

Lionel Messi mempunyai baki kontrak selama setahun bersama kelab itu. Jika benar Messi mahu meninggalkan Nou Camp, pengurusan tidak akan menjadikan proses perpindahannya dengan mudah.

Barcelona yang tidak berhasrat untuk menjual Messi telah meletakkan harga £631 juta sebagai harga untuk mendapatkan bintang mereka.

 

 

 

- Advertisement -