Selepas menyepikan diri tanpa sebarang perkhabaran bintang Argentina, Lionel Messi tampil dengan keputusan yang sudah dijangka pelbagai pihak apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan BarcelonaĀ 

Reaksi berbeza mula tercetus melibatkan pengurusan kelab The Catalan dan penyokong setia kelab itu.

Keputusan Messi tampak memberi reaksi positif untuk pengurusan kelab Barca dalam memulihkan semula struktur kewangan kelab yang terjejas susulan pandemik Covid 19.

Namun peminat setia kelab itu tampak berang dengan keputusan yang dikemukakan oleh Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.

Penyokong mahukan Messi kekal di Nou Camp sebaliknya mahukan Bartomeu dan semua alhi lembaga pengarah kelab itu meninggalkan posisi mereka itu diatas tindakan yang dianggap tidak relevan.

Penyokong mengharapkan pengurusan kelab untuk meyakinkan Messi untuk terus kekal di Nou Camp dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

Keputusan Messi nyata dinanti nantikan gergasi bolasepak di Eropah khususnya untuk bersaing bagi mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu.

Juventus, Inter Milan, Paris St Germain, Manchester City dan Manchester United memulakan strategi untuk mendapat peruntukkan sekitar 200 juta euro untuk mendapatkan Messi.

 

 

 

 

- Advertisement -