Edisi ketiga, Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) bakal membuka tirai pada Sabtu ini (14 September 2024) sehingga 21 September 2024 di Sport Arena IOI City Mall Putrajaya, dan lapan pasukan daripada kategori lelaki serta lapan pasukan daripada kategori wanita bakal mencabar kejuaraan musim ini.Menariknya musim 2024, bagi kategori lelaki dan wanita akan menampilkan tiga pasukan baru iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), MBPJ Black Widow dan Malaysia University ā€“ Terengganu Hockey Team (MU-THT) bagi kategori lelaki serta Malaysia University, Politeknik dan Wipers-KLHA bagi kategori Wanita.Lima pasukan kategori lelaki yang bersaing pada musim 2022, DBKL HT, ATM, Maybank, Stallion-KJLJD dan Perlis Mighty Lion akan kembali memberikan saingan untuk merampas gelaran juara daripada juara bertahan DBKL HT.Tidak ketinggalan, Kategori Wanita juga akan menampilkan lima pasukan yang telah membuat penampilan pada 2022 iaitu juara bertahan DBKL HT, MOHC, BNHC SMZN, CS Mustang HT dan Mutiara-PSHA.Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), En. Shurizan Mansor menyifatkan pemilihan venue di dalam pusat membeli belah akan memberikan nilai tambah kepada liga musim ini dan yakin langkah ini mampu menarik minat lebih ramai peminat untuk hadir memberikan sokongan.ā€œAntara matlamat kami membawa saingan liga pada musim ini di dalam pusat membeli belah adalah bagi menarik minat orang ramai dan mendekatkan sukan hoki dalam dewan kepada peminat sukan hoki di luar.ā€œDalam pada itu kami juga mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam sukan hoki dalam dewan serta pelapis kepada pasukan kebangsaan yang kini dalam fasa persediaan bagi menghadapi Piala Dunia 2025.ā€œJawatankuasa Hoki Dalam Dewan turut berharap mutu persaingan pada musim ini akan lebih tinggi dan berada pada satu tahap lebih baik dengan penglibatan pemain kebangsaan dalam beberapa pasukan yang bersaing,ā€ jelas Pengurus Pasukan Kebangsaan Hoki Dalam Dewan itu.En. Shurizan Masor yang juga merupakan Naib Presiden KHM turut berharap MIHL edisi ketiga dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan selain penganjuran liga ini dapat memberikan pengalaman berguna kepada pegawai teknikal dan pengadil bagi mengendalikan Kejohanan Hoki Dalam Dewan selain mampu mengetengahkan mereka di peringkat yang lebih tinggi dalam sukan ini.Jelas En. Shurizan lagi, sebagai langkah untuk mempopularkan sukan ini, MIHL 2024 akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Sukan RTM, TV Okey dan pengstiman langsung, RTM Klik.ā€œRTM akan menyiarkan 20 perlawanan secara langsung termasuk aksi peringkat separuh akhir dan akhir. Ini sekaligus memberikan peluang kepada peminat yang tidak dapat hadir ke venue untuk turut menyaksikan kehebatan pemain-pemain Hoki Dalam Dewan dan kerancakan sukan ini sendiri.ā€œDengan adanya siaran secara langsung ini, lebih ramai peminat sukan hoki dapat mengikuti kejohanan ini serta memahami sukan hoki dalam dewan,ā€ tambahnya Ā yang meletakkan sasaran agar penganjuran liga ini dapat menjadi batu loncatan bagi pemain baru untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bersaing di MIHL 2024.

NO

LELAKI

WANITA

1.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

DBKL HT

DBKL HT

2.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

ATM

MOHC

3.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

MAYBANK

BNHC SMZN

4.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

STALLION ā€“ KJLJD

CS MUSTANG HT

5.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

PERLIS MIGHTY LION

MUTIARA ā€“ PSHA

6.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

POLITEKNIK

7.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

MBPJ BLACK WIDOW

WIPERS ā€“ KLHA

8.Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Ā 

MALAYSIA UNIVERSITY ā€“ TERENGGANU HOCKEY TEAM (MU ā€“ THT)

MALAYSIA UNIVERSITY

Ā 

- Advertisement -