Jika Kelantan dan Negeri Sembilan ada menyimpan hajat untuk kekal di Liga Super dengan āmencuriā slot milik PKNS FC dan PKNP FC, mereka boleh lupakan hasrat tersebut.
Ini kerana tiada permohonan daripada Selangor mahupun Perak untuk menjadikan dua pasukan kelab itu sebagai āfeeder teamā mereka, sepertimana disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL) Kevin Ramalingam.
Khabar angin bertiup kencang sebelum ini mengatakan PKNS FC dan PKNP FC kedua-duanya akan diturunkan beraksi di Liga Premier musim depan kerana berubah status kepada āfeeder teamā yang mana akan membuka ruang buat Kelantan dan Negeri Sembilan kekal di Liga Super.
Kevin bagaimanapun menegaskan tiada perkara seumpama itu akan berlaku dan menganggap khabar angin itu sengaja dicipta segelintir penyokong untuk menyedapkan hati setelah pasukan kesayangan mereka tersingkir.
āJika ada permohonan (dari Selangor dan Perak), barulah MFL boleh mengambil tindakan yang selanjutnya tetapi jika benar ada permohonan yang dikemukakan, tidak semestinya ia boleh diluluskan serta merta kerana masih ada proses dan kelayakan yang perlu dipenuhi.
āDalam masa sama, ia tidak bermakna pasukan yang tersingkir ke Liga Perdana akan kembali beraksi secara automatik dalam Liga Super, kita akan tengok pasukan mana yang layak secara merit dan menepati syarat,ā kata Kevin.
Peraturan MFL menetapkan bahawa pasukan yang berfungsi sebagai āfeeder teamā tidak dibenarkan beraksi dalam satu liga yang sama dengan pasukan utama mereka, malah mereka juga tidak boleh bermain dalam saingan Piala FA mahupun Piala Malaysia.
Selari dengan peraturan itu, T-Team yang sepatutnya kekal di Liga Super musim ini diturunkan beraksi di Liga Premier selepas berubah status sebagai āfeeder teamā kepada Terengganu FC, dan kemudiannya tempat mereka digantikan oleh PKNP FC yang menduduki tangga ketiga Liga Premier 2017.
Mengambil kira kata-kata Kevin, ini bermakna untuk musim 2019, akan ada hanya satu pasukan āfeeder teamā dalam saingan Liga Premier iaitu Johor Darul Takzim (JDT) II.
T-Team atau dikenali kini dikenali sebagai TFC II pula sudah tersingkir ke saingan Liga FAM.MUHD AIMANĀ