DSC_0886

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaringan Dandree Rofinus memastikan MISC mempertahankan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah selepas menumpaskan Sabah 3-2 di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Skuad kendalian Ananthan M Raman itu bermula langkah kanan apabila menjaringkan dua gol menerusi Sihaya Ajad pada minit ke-8 dan Haindee Mosroh pada minit ke-13.

Namun, Sabah meledak dua gol dalam tempoh 14 minit menerusi Shereilynn Elly Pius pada minit ke-15 dan Jaciah Jumilis pada minit ke-29 untuk menyamakan kedudukan 2 sama.

Dadree Rofinus yang beraksi di posisi sayap mengecewakan Sabah di minit ke-76 sekaligus memastikan MISC muncul juara bagi edisi 2016.

MISC turut meraih dua anugerah menerusi Dandree Rofinus dipilih sebagai ‘Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ manakala Haindee Mosroh dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 14 gol Berjaya dihasilkan.

Sementara itu, pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, Kedah menewaskan Sarawak 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain tengah, Nurul Ashikin Mohd Jasrie pada minit ke-65. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Hijau Kuning meraih tempat ketiga.

- Advertisement -