Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terbabit kemalangan pada awal sesi latihan bebas kedua dalam saingan hari pertama Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.
Pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing itu terjatuh bersama pelumba AP Honda Racing Thailand, Ratthapong Wilairot seawal pusingan pertama sesi latihan bebas kedua yang menyaksikan bahagian hadapan jenteranya mengalami kerosakan teruk dan gagal untuk meneruskan sesi tersebut.
Zaqhwan yang sebelum itu muncul pelumba terpantas dalam sesi latihan bebas pertama bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan akan meneruskan sesi latihan bebas ketiga dan kelayakan esok.
“Saya gagal mengawal jentera dan terjatuh di selekoh terakhir sehingga menyebabkan jentera saya rosak teruk di bahagian depan. Bagaimanapun, kecederaan saya tidak begitu serius, cuma sakit sedikit di bahagian pinggang dan belakang badan. Doktor telah memberi kebenaran untuk saya meneruskan aksi pada hari esok,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Insiden ini tidak melemahkan semangat saya untuk memburu gelaran keseluruhan ketiga pada minggu ini. Saya tidak berasa tertekan kerana strategi saya pada minggu ini adalah untuk fokus kepada sesi kelayakan dan perlumbaan pertama dahulu berbanding memikirkan tentang gelaran. Saya juga yakin pasukan mampu menyiapkan jentera saya dalam keadaan terbaik,” jelas Zaqhwan yang kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata.
Pelumba wildcard dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Apiwat Wongthananon muncul pelumba terpantas hari pertama dengan catatan masa 1’39.294s diikuti rakan sepasukan, Chalermpol Polamai kedua dengn 1’39.707s. Pelumba Australia, Anthony West ketiga dengan masa 1’39.827s.
Yuki Ito muncul pelumba terpantas dikalangan lima pelumba yang memburu gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc dengan catatan 1’39.836s diikuti Zaqhwan, 1’39.957s, Azlan Shah 1’39.965s dan Ahmad Yudhistira, 1’40.146s.
Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba AP Honda Racing Thailand, Vorapong Malahuan mencatat masa terpantas 1’54.097s diikuti pendahulu keseluruhan, Gerry Salim (1’54.450s dan Tomoyoshi Koyama (1’54.557s).
Dalam saingan Underbone 150cc, pendahulu keseluruhan, Mohd Akid Aziz menamatkan saingan hari pertama dengan catatan ketujuh terpantas, 2’06.247s manakala pencabar utama, Wahyu Aji Trilaksana muncul pelumba terpantas dengan masa 2’02.854s.
Mohd Amirul Ariff Musa muncul pelumba terbaik negara setelah merakam catatan kedua terpantas, 2’03.897s diikuti Mohd Muzakkir Mohamed ketiga, 2’04.124s.
KEPUTUSAN
SuperSports 600cc
Latihan Bebas 1
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 1:39.957s
2 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:39.974s
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:40.158s
4 Decha Kraisart (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:40.228s
5 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 1:40.240s
Latihan Bebas 2
1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 1:39.294s
2 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:39.707s
3 Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 1:39.827s
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 1:39.836s
5 Decha Kraisart (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:39.945s
Asia Production 250cc
Latihan Bebas 1
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:54.726s
2 Vorapong Malahuan (THA) AP Honda Racing Thailand 1:54.854s
3 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.930s
4 Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha Racing Indonesia 1:54.960s
5 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 1:55.304 10 0.578s
Latihan Bebas 2
1 Vorapong Malahuan (THA) AP Honda Racing Thailand 1:54.097s
2 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.450s
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 1:54.557s
4 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:54.824s
5 Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM RACETECH Racing |1:54.861s
Underbone 150cc
Latihan Bebas 1
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:05.012s
2 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:05.118s
3 Md. Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 2:05.722s
4 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:06.127s
5 Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:06.153s
Latihan Bebas 2
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:02.854s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:03.897s
3 Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:04.124s
4 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:04.288s
5 Md. Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 2:04.514s