Kerancakkan saingan Piala Malaysia 2020 yang baru bermula minggu lalu suram seketika apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menangguhkan perlawanan tersebut ke satu tarikh baharu.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan terkini serangan wabak COVID-19 (keselamatan).

pautan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/698064054185739/

Jawapan bermula di minit ke 35.37

”Minta maaflah kepada peminat-peminat bola sepak, setelah dibentangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan merasakan bahawa pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton tetapi kerana ianya akan menyebabkan berlaku sentuhan di kalangan pemain-pemain dan mereka agak lebih berbahaya kerana mereka berpeluh, basah sesama mereka.”

Tambahnya lagi, berbeza dengan sukan badminton, bolasepak yang melibatkan sentuhan secara langsung menjadi faktor mengapa MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa membuat keputusan tersebut sebagai langkah berjaga jaga.

”Jadi, Kementerian Kesihatan memandangkan oleh kerana ianya agak berbahaya, lagipun setiap negeri telah pun ada PKPB kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sahaja sedangkan negeri lain sudah pun ada PKPB dan kita tak benarkan ada pertandingan, maka mesyuarat membuat keputusan bahawa untuk pertandingan Piala Malaysia, kita bersetuju untuk ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan kita umumkan nanti.”

”Kementerian Kesihatan sedang melakukan yang terbaik, barisan hadapan keselamatan melakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian ini melalui tindakan-tindakan pematuhan SOP.”

”InsyaAllah, kalau kita dapat kurangkan dengan cepat jumlah kes yang berlaku, Isnyaallah kita akan kembali seperti biasa dan pertandingan boleh diadakan walau tanpa penonton sekalipun,” katanya.

Saingan Piala Malaysia bermula pada 6 November lalu melibatkan 16 pasukan yang memburu slot untuk ke peringkat suku akhir.

Sepanjang saingan Liga Malaysia yang disambung semula pada penghujung Ogos  berlangsung tanpa kehadiran penonton dengan pematuhan SOP yang cukup ketat melibatkan kesemua yang terlibat.

Hanya satu kes jangkitan Covid 19 berlaku pada Julai lalu melibatkan seorang pemain pasukan Kuching FA dimana pemain itu bertugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari Kluster Hospital Sentosa.

Keputusan yang cukup ‘mengejutkan’ daripada MKN dan KKM, namun diharapkan alternatif difikirkan dengan segera oleh MFL termasuk kemungkinan untuk menggunakan venue yang berada di dalam kawasan yang tidak tertakluk dibawah Perintah Kawalan Keselamatan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 6 Disember depan.

 

- Advertisement -