Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Norza Zakaria mengharapkan lebih banyak perjumpaan dan perbincangan diadakan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk mendalami bidang kepentingan bersama dalam membangunkan sukan di negara ini melalui Persatuan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA).
MOM dan PPS juga bersetuju untuk memperakukan kumpulan kerja diantara kedua dua pihak sekaligus mampu memperkukuhkan lagi hubungan diantara kedua dua pihak ke arah yang lebih baik di masa akan datang.
Pesuruhjaya Sukan Dr Wirdawati Mohd Radzi yang mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat MOM di Jalan Hang Jebat turut sependapat kerjasama yang lebih kukuh perlu dilakukan memandangkan MOM merupakan pemegang taruh utama dalam ekosistem sukan Malaysia.
Ketika kunjungan hormat, Dr Wirdawati turut bertemu dengan ahli Lembaga Eksekutif MOM.
Mereka juga turut membincangkan tadbir urus dan pendaftaran persatuan sukan, proses arbitrasi dan penyelarasan program pendidikan untuk meningkatkan jumlah pentadbir sukan berkelayakan.