Bekas Timbalan Presiden Persatuan KriketĀ Malaysia (MCA), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dilantik sebagaiĀ chef de mission (CDM) negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia.

KeputusanĀ itu diumumkanĀ PresidenĀ Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afarĀ selepas mempengerusikanĀ mesyuaratĀ Lembaga EksekutifĀ MOM di Wisma OCM di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut melantikĀ Naib PresidenĀ MOM,Ā Datuk Megat Zulkarnain OmardinĀ sebagai timbalan CDM.

ā€œSatu daripada kriteria utama memilih Ā Abdul Azim adalah kerana beliau adalah anggota Panel Penasihat SukanĀ untukĀ Kementerian Belia dan Sukan. Beliau adalah timbalan saya ketika saya menerajui MCA, seorang ahli perniagaan, personaliti yang dikenali dan bekas bendahari UMNO.

ā€œSaya ada bercakap dengannya dan sudah tentu beliau komited, bukan hanya untuk berada di Indonesia tetapi juga bekerja bersama kami, persatuan sukan kebangsaan, pengurus pasukan, atletĀ dan semua orang sepanjangĀ Sukan Asia,ā€ kata Tunku Imran.

Abdul Azim, 58, yang jugaĀ Pengerusi Sungei Wang Plaza Sdn Bhd sejak 2007,Ā adalah tokoh yang dikenali dalam bidang perniagaan dan pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional BerhadĀ  dariĀ 1999Ā hingga 2009.

Ketika ini, dalamĀ pembabitannya dalam bidang sukan, Abdul Azim adalahĀ setiausahaĀ kewanganĀ untukĀ Persatuan KriketĀ Melayu Malaysia.

Tunku ImranĀ turut mengesahkanĀ Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) telah mengurangkanĀ jumlah acaraĀ daripada 493 kepada 426Ā untukĀ edisi ke-18Ā temasya sukan serantau itu yang akan dilangsungkan di Jakarta-Palembang, dariĀ 18 OgosĀ hingga 2 Sept tahun depan.

ā€œIndonesia memilih 39Ā jenis sukan, 53 disiplin danĀ ia adalah pengurangan yang besarĀ (berbandingĀ 42 jenis sukanĀ dan 59 disiplinĀ sebelum ini). Antara sukanĀ yang digugurkanĀ ialah kriket, skate board dan sambo (seniĀ pertahanan diri).

ā€œSukan di mana kita agak kuatĀ seperti terjun, memanah, badminton, bowling, skuasyĀ dan karate masih ada disenaraikan,ā€ katanya.

Ketika ditanyaĀ pendirian Malaysia untuk membidaĀ Sukan Komanwel 2022,Ā Tunku ImranĀ berkataĀ tiadaĀ perubahan dalam isu itu dan tidak ada keputusan yang dibuatĀ kerajaan Malaysia dan Persekutuan Sukan Komanwel. – BERNAMA

- Advertisement -