Jaguh badminton dunia, Kento Momota mengesahkan bersedia untuk turun beraksi di pertandingan sebagai misi memburu ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Momota tidak beraksi di mana mana kejohanan sejak terlibat dalam kemalangan selepas menjulang trofi Malaysia Masters awal tahun ini.

Sebagai ‘pemanas badan’, Kento Momota akan beraksi di Kejuaraan Kebangsaan yang akan berlangsung di Tokyo pada bulan ini sebelum terbang ke Bangkok, Thailand untuk menyertai Terbuka Thailand pada Januari tahun depan.

Menerusi laporan media antarabangsa menjelaskan beliau masih gementar walaupun sudah bersedia untuk turun beraksi.

“Saya mahu bermain dengan pemain terbaik antarabangsa selepas sekian lama. Sudah lama saya tidak beraksi jadi sukar untuk saya tentukan apakah perkara yang perlu dilihat,”kata Momota.

Beliau juga mengakui, semangatnya hampir musnah selepas menjalani pembedahan susulan keretakan di soket mata kerana penglihatannya yang tidak jelas.

Namun pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan beliau telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk memburu emas di Tokyo 2020.

Pandemik Covid 19 merencatkan kerancakkan sukan badminton apabila banyak kejohanan terpaksa ditangguh dan dibatalkan.

Momota hampir beraksi di Terbuka Denmark namun terpaksa menarik diri di saat akhir kerana resah dengan kes jangkitan di negara itu.

 

 

- Advertisement -