Jaguh badminton nombor satu dunia, Kento Momota melangkah ke gelanggang badminton dengan langkah kanan selepas muncul juara kejohanan kebangsaan semalam.
Momota bagaimanapun tidak diberi kemenangan mudah apabila dipaksa bertarung tiga set sebelum menang 18-21, 21-12, 21-17 ke atas Kanta Tsuneyama sekaligus merupakan trofi keempatnya dalam saingan kejuaraan Kebangsaan.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Tsuneyama mara ke final dengan begitu sempurna dan saya sudah jangkakan saingan sangat sengit.
“Saya turun ke gelanggang dengan matlamat tidak mahu dikecewakan. Itu yang menjadi faktor bu8at saya untuk kekalkan tumpuan dan meraih mata sehingga tamat perlawanan,”kata Momota dipetik daripada media tempatan Kyodonews.
Juara dunia dua kali ini disandarkan sebagai harapan utama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Julai 2021.
Detik ngeri Momota berlaku pada Januari dimana beliau terlibat dalam nahas jalanraya ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam selepas muncul juara Malaysia Masters.
Kemalangan itu menyaksikan pemandu van, maut ditempat kejadian dan Momota mengalami keretakan pada soket mata kanannya.
Beliau telahpun kembali menjalani latihan pada Februari namun tidak menyertai sebarang pertandingan susulan penularan wabak Covid 19.
Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, pemenang pingat emas Olimpik 2016 Rio, Nozomi Okuhara melakar kejutan selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama sekaligus menewaskan Akane Yamaguchi 17-21, 21-14, 22-20.
Bergu wanita pula menyaksikan gandingan nombor dua dunia,Yuki Fukushima-Sayaka Hirota melakar kemenangan straight set 21-17, 21-12 ke atas Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara sementara bergu lelaki diungguli Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe yang turut melakar kemenangan straight set 21-19, 21-9 ke atas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi
Watanabe turun sekali lagi kali ini bergandingan dengan Arisa Higashino melakar kemenangan ke atas Misaki Matsumoto-Yuki Kaneko 21-11, 21-9 dalam saingan bergu campuran.