Pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun pastinya menutup tahun 2019 dengan ukiran senyuman selepas merangkul trofi ke 11 termasuk muncul Juara Jelajah Dunia BWF di Guangzhou, China awalbulanini yang juga merupakan kejohanan terakhir bagi tahun ini.
Bekas jaguh perseorangan nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul 10 gelaran juara ketika 2010.
Pemain berusia 25 tahun itu mengharapkan langkah kanan ketika mengharungi musim baru ketika beraksi di HSBC BWF Jelajah Dunia Super 500, Perodua Malaysia Masters 2020 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD 400 000 dimana kejohanan akan bermula dari 7 hingga 12 Januari di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Momota merupakan pilihan utama kejohanan bagaimanapun enggan dilabel sebagai lagenda seperti idolanya Chong Wei mahu pun juara dunia lima kali dan pemenang pingat emas dua kali di Sukan Olimpik, Lin Dan.
Tatkala Chong Wei sudah menggantung raketnya susulan masalah kesihatan kerana kanser hidung, Lin Dan masih lagi aktif bermain secara kompetitif di siri jelajah dunia.
Dilabel sebagai ‘pemain sempurna’ kerana ketangkasannya ketika di gelanggang, Momota mahu melangkah keluar dari gelanggang selaku juara sekaligus mengekalkan momentum itu menuju ke SukanOlimpik Tokyo yang akan berlangsung pada Ogos tahun depan.
Momota mahu melupakan kedukaan yang telah diharungi pada 2016 dimana Persatuan Badminton Jepun menggantungnya selepas didapati bersalah terlibat dengan perjudian di sebuah kasino di Jepun.
Ia merupakan sejarah hitam yang menyaksikannya terlepas peluang beraksi di Olimpik Rio dimana namanya disebut sebut sebagai pemenang pingat. Hukumannya berakhir pada Mei 2017.
Trofike 11 diraih pada 2019 selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan wakil Indonesia yang juga pemain ketujuh dunia Anthony Ginting 17-21, 21,17-21-14 di pentas final Jelajah Dunia yang berlangsung di Guangzhou
Ia sekaligus melunaskan dendam selepas tewas kepada Shi Yuqi dari China ketika final edisi 2018.
Kemenangan itu sekaligus menjadi kemuncak kejayan buat Momota yang turut diumum sebagai Pemain Terbaik Tahunan BWF bagi tahun 2019.Beliau muncul dinobat selaku Juara Dunia dan Juara Asia selain memenangi trofi Seluruh England.
Namun, ia masih belum memberi kepuasan buat Momota, malah beliau mahukan kemenangan di peringkat yang lebih tinggi sekaligus menjadikannya antara tarika utama di Perodua Malaysia Masters yang akan berlangsung di Arena Axiata kelak.
Bintang Jepun ini akan berdepan bekas juara Sukan Komanwel Kashyap Parupallidari India. Jika menang, Momota akan berdepan samada rakan senegara, KantaTsuneyama (16 dunia) atau H S Prannoy (India) untuk memburu slot ke suku akhir.