Jaguh badminton nombor satu dunia, Kento Momota sudah bersedia untuk menggegar Olimpik tahun depan selepas disahkan pulih sepenuhnya.

Momota yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 13 Januari lalu mengesahkan penglihatannya telah pulih sepenuhnya dan tiada lagi kecederaan terutama di bahagian muka.

Pemain berusia 25 tahun itu antara pilihan utama yang seringkali disebut sebut bakal mendominasi acara badminton perseorangan di Tokyo 2020 Julai tahun depan.

Keinginannya untuk turun menjalani latihan juga semakin membara dan berharap untuk memberikan yang terbaik.

Insiden kemalangan yang meragut nyawa pemandu van tersebut nyata menggegar arena badminton diseluruh dunia, malah Jepun sendiri resah tentang situasi pemulihan yang perlu diharungi Momota.

Namun, segalanya tampak memberi kelegaan apabila Momota menjalani rawatan dengan sempurna ditambah tiada kejohanan yang berlangsung selepas Seluruh England susulan penularan wabak coronavirus.

Momota turut mengakui bergelut untuk pulih daripada kecederaan namun segalanya kembali terarah kepada persiapan ke Olimpik Tokyo 2020 selepas pulih sepenuhnya.

 

 

- Advertisement -