Oleh Ku Mohd Lufti
Tidak banyak kejutan yang berlaku selepas tamat pusingan pertama Kejohanan Badminton Superseries Premier Terbuka Malaysia 2016 di Stadium Melawati, Shah Alam.
Pilihan ketujuh perseorangan lelaki dari Taiwan, Chou Tien Chien ditunjukkan jalan keluar oleh pemain dari pusingan kelayakan dari Indonesia, Christie Jonathan.
Tien Chien bangkit dengan kemenangan di set kedua dengan kemenangan 21-12 selepas tumpas 13-21 di set pembukaan.
Namun di set penentuan, kelebihan tampak lebih memihak Christie yang bijak membaca gerakan Tien Chien untuk memastikan pusingan kedua miliknya selepas menutup set penentuan dengan kemenangan 21-8.
Sementara itu, pilihan ketiga kejohanan Kento Momota sah tidak akan meneruskan saingan di Terbuka Malaysia selepas menarik diri atas masalah peribadi dan perlu kembali ke Jepun.
Pihak pengadil akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih Momota untuk mendapatkan maklumat tentang penarikan diri Momota.
Kento Momota menang ke atas H.S Prannoy 21-19, 22-20 dan dijadual bertemu pemain England, Rajiv Ouseph.
Penarikan diri Momota sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada Rajiv Ouseph yang terus melangkah ke pusingan ketiga.
Kejutan turut berlaku dalam bergu wanita apabila pilihan pertama yang juga bergu kedua dunia, Luo Ying, Luo Yu.
Gandiangan China ini tumpas kepada bergu bukan pilihan dari Jepun, Shizuka Matsuo, Mami Naito straight set 21-13, 21-14 dalam masa 39 minit.
Namun kejutan dilakar bergu wanita China Chen Qingchen, Jia Yifan yang mengejutkan pilihan keempat kejohanan dari Denmark, Christina Pedersen, Kamilla Rytter Juhl.
Qingchen dan Yifan menang 21-16 di set pertama, namun diset kedua, mereka dipaksa bermain sehingga ke mata penentuan selepas kedua duanya terikat 20 sama pada satu ketika.
Tuah nyata memihak gandingan China yang melakar kemenangan 22-20 untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua.
Tiga pemain pilihan utama kejohanan dalam aksi perseorangan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menundukkan lawan masing masing.
Pemain nombor satu dunia, Chen Long tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain Jerman, Marc Zwiebler straight set 21-19, 21-15.
Manakala Lin Dan turut tidak menerima tentangan sengit ketika berdepan pemain Malaysia, Chong Yee Han, hanya memerlukan 31 minit untuk melakar kemenangan straight set 21-10, 21-15.
Begitu juga pemain tuan rumah yang berada di ranking ketiga dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mudah mengetepikan cabaran pemain Jepun Takuma Ueda dengan keputusan straight set 21-11, 21-8.
Begitu juga dalam aksi perseorangan wanita, juara 2014 Li Xuerui dari China meneruskan kemaraan turut mengetuai senarai 16 pemain ke pusingan kedua.
Beliau yang juga pemain ranking kedua dunia tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain Jepun, Akane Yamaguchi straight set 21-11, 21-11.
Tiada kejutan berlaku dalam saingan bergu lelaki dimana kesemua pemain pilihan mara ke pusingan kedua.
Tumpuan pastinya terletak kepada dua finalis 2015, Lee Yong Dae, Yoo Yong Song dan Mohamad Ahsan, Hendra Setiawan.
Yong Dae dan Yong Song diletak sekalu pilihan pertama kejohanan mara ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan Taiwan, Lee Sheng mu, Tsai Chia Hsin straight set 21-8, 21-19 dalam masa 32 minit.
Manakala pilihan kedua, Ahsan dan Hendra dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pasang dari China, Li Junhui, Lui Yuchen 21-17, 21-17.