Status penganjuran saingan Moto GP Malaysia terjawab apabila Persekutuan Sukan Permotoran Antarabangsa (FIM), IRTA dan Dorna Sports mengesahkan GP Malaysia dibatalkan.

Perlumbaan yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober depan tidak dapat dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang susulan peningkatan kes Covid 19 selain sekatan pintu masuk utama Malaysia memaksa keputusan ini dibuat.

FIM bagaimanapun berharap penganjuran Moto GP dapat dilangsungkan di Malaysia pada tahun depan sekaligus menghangatkan kembali sukan permotoran di negara itu.

FIM, IRTA dan Dorna Sports dalam pada itu turut mengesahkan tarikh tersebut akan diganti dengan GP Misano yang akan berlangsung di Litar Dunia Marco Simoncelli.

 

JADUAL TERKINI MOTO GP *TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA*

 

 

- Advertisement -