Saingan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang akan diputuskan pada penghujung Julai depan bersama sama tiga lagi perlumbaan.

Persekutuan Antarabangsa Sukan Permotoran (FIM) menerusi kenyataan media menjelaskan, selain GP Malaysia, tiga lagi perlumbaan;GP Thailand, GP Amerika Syarikat dan GP Argentina juga dalam senarai menunggu.

Keempat empat perlumbaan ini akan diputuskan tarikh selewat lewatnya penghujung Julai depan.

 

 

Tambah FIM lagi, bagi musim 2020, hanya 17 perlumbaan sahaja yang akan dilangsungkan.

Berdasarkan kalendar terkini, musim 2020 bermula di Qatar pada Mac lalu namun hanya melibatkan saingan Moto2 dan Moto3 sahaja.

Musim 2020 akan diteruskan pada Julai dimana Litar Antarabangsa Jerez-Àngel Nieto akan menjadi tuan rumah sebanyak dua kali.

Ini bermakna salah satu daripada empat perlumbaan yang berada dalam senarai menunggu berkemungkinan ‘tersingkir’.

Sebarang perubahan terhadap tarikh dan kehadiran penonton bagi perlumbaan adalah tertakluk kepada keadaan semasa Covid 19 serta kelulusan kerajaan negara penganjur.

 

 

 

- Advertisement -