Selepas saingan GP Qatar dibatalkan, promoter MotoGP, Dorna mengesahkan tiga lagi perlumbaan yang dijadualkan pada Jun dan Julai dibatalkan.
Tiga perlumbaan tersebut adalah GP Jerman (21 Jun) diikuti GP Belanda (28 Jun) dan GP Finland yang dijadual berlangsung pada 12 Julai.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya sebelum ini menjangkakan saingan MotoGP musim 2020 dijangka disambung pada Julai.
Namun ia tampak masih samar susulan COvid 19 yang masih menular di seluruh dunia ketika ini.
Sehingga kini, empat perlumbaan telah pun dibatalkan sementara dua perlumbaan di Sepanyol, GP Perancis, dan GP Itali ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Saingan MotoGP musim 2020 masih belum memulakan saingannya setakat ini dan hanya 12 perlumbaan yang masih berada di dalam kalendar MotoGP termasuk GP Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 1 November depan.