Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi bayangan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) cawangan Lembah Keramat akan dipindahkan ke Nilai, Negeri Sembilan.
Perbincangan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan telahpun diadakan berkenaan cadangan tersebut.
âPada dasarnya, kerajaan Negeri Sembilan dah setuju untuk kita membina Kompleks MSN Nilai, bagi menggantikan Kompleks MSN di Lembah Keramat.
âKompleks tersebut di ambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diberikan kepada pemaju untuk pembangunan, perumahan dan sebagainya,âkata Khairy.
Kompleks MSN Lembah Keramat menempatkan atlet bagi latihan Takraw, Tinju, dan Memanah.
Tambah Khairy lagi, lokasi di Nilai dan bersebelahan dengan Velodrom Kebangsaan adalah strategik.
âSetelah melihat beberapa lokasi, kita dapati bahawa lokasi disebelah velodrom ini sangat sangat sesuai sebab ada tanah lapang.
âSaya telah mencadangkan kepada Negeri Sembilan untuk memajak tanah tersebut dan mengambil alih pengurusan dewan Tertutup Nilai yang boleh digunakan bagi latihan takraw dan tinju,âKatanya lagi.
Perkara tersebut akan dimuktamadkan secepat mungkin kerana pemaju sudah bersedia untuk memulakan pembinaan. – OLEH KU MOHD LUFTI