
Penjaring terbanyak liga Muhammad Salman Sudirman muncul wira selepas meledak gol kemenangan pada minit ke44 untuk mengemudi MSNS menumpaskan MBPJ Black Widow 3-2.Â
MBPJ Black Widow sebelum itu garang di awal perlawanan dengan membuka jaringan pada minit ke 7 menerusi Mohammad Syabil Aizam sebelum Muhammad Saifuddin Azli meletakkan kedudukan 1-1.Â
MBPJ kembali depan menerusi jaringan sudut penalti Muhammad Syahmi Aiman pada minit ke-24 sebelum MSNS kembali membuka saingan menerusi gol penyamaan Saifuddin pada minit ke-32.Â
MBPJ cuba memberi saingan sengit tetapi Muhammad Salman meledak pada ketika MSNS amat memerlukan jaringan pada minit ke-44 untuk memastikan tiket ke final.Â
Mohammad Haikal Hakimi muncul sebagai watak utama dalam kemenangan 3-1 Kedah Eagle Jr ke atas MSSPP-PSHA untuk ke final.Â
Dua gol jaringan Mohammad Haikal pada minit ke-34 dan 56 menjulang Kedah Eagle Jr untuk tampil ke final menentang MSNS.Â
Muhammad Arif Aiman terlebih dahulu mencatat nama sebagai penjaring apabila menemui sasaran pada minit ke-32.Â
Pada saingan pelengkap Divisyen 1 pula, juara liga BJSS Thunderbolts mengakhiri kempen liga dengan kemenangan ke atas SSTMI Jr 4-3.
AHP-SSP-MSP Thunderbolts pula menang tipis 1-0 ke atas SMKDBL-PHJ-MSNJ, manakalaÂ
Anderson Thunderbolts memgejutkan MBPJ Tigers dengan kemenangan 3-2.
Saingan suku akhir Piala TNBMHJL bermula Isnin depan dengan BJSS bertemu naib juara Divisyen 2, SMKDBL-PHJ melawan MBPJ Tigers manakala penyandang juara SSTMI Thunderbolts membuat perhitungan menentang Anderson Thunderbolts dan AHP-SSP- MSP Thunderbolts berdepan juara Divisyen 2.Â