MSS Putrajaya melakar kemenangan sulung dalam aksi Liga Perdana Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah-14 setelah menundukkan SMK Tun Hussein Onn dari Johor 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Putrajaya pada hari Sabtu.
Kemenangan menerusi jaringan Alif Danial Muhd Anuar pada minit ke-33 dan Aiman Fahmi Mohd Azam pada minit ke-37 membantu MSS Putrajaya memperbaiki kedudukan mereka di tangga tercorot dan melonjak ke kedudukan keempat dengan lima mata.
Jurulatih MSS Putrajaya, Khairi Hamid berkata pemainnya menunjukkan komitmen tinggi untuk mengutip tiga mata setelah dua kali seri sebelum ini dan berharap kemenangan akan meningkatkan moral pemainnya untuk beraksi lebih baik pada perlawanan mendatang.
“Syukur kita catat kemenangan setelah dua kali seri sebelum ini, memang kita sasarkan untuk menang dan saya gembira pemain cepat sesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan bermain mengikut taktikal yang telah diatur.
“Ini adalah pasukan yang baru dibentuk, jadi masih banyak perlu diperbaiki terutamanya dari segi permainan berpasukan, kita akan perbaikinya dari semasa ke semasa,” jelas Khairi.
Bagi jurulatih SMK Tun Hussein Onn, Khairul Zaman, dia ternyata kecewa dengan kekalahan ini dan akur betapa pasukannya dihukum dek kerana kesilapan sendiri.
“Saya berpuas hati dengan permainan di separuh masa pertama, pemain beraksi mengikut perancangan tetapi di babak kedua, dua kesilapan membolehkan lawan menjaringkan gol.
“Apabila dah melepaskan dua gol, pemain mula hilang fokus dan hilang momentum. Mereka berusia bawah 14 tahun, belum matang jadi bila dah kena dua gol mental mereka terus koyak,” menurut Khairul.
Dalam pada itu, SMK Datuk Peter Monjuntin mengambil alih kedudukan pendahulu Liga Perdana setelah menundukkan SMK Mutiara Impian 2-0 menerusi dua jaringan Azhad Harraz Arman.
SSM Pahang B13) turut memperbaiki kedudukan apabila melonjak ke tangga kedua setelah menundukkan SMK Gunung Rapat 1-0 menerusi jaringan tunggal Najmudin Akmal hanya seminit selepas babak kedua bersambung.
Bagi aksi Liga Super Piala Menteri Pendidikan pula menyaksikan SMK Bukit Nenas kekal sebagai pendahulu walaupun tidak turun beraksi berikutan kekalahan 0-2 pencabar terdekat, SMK Seberang Temerloh kepada SSM Bukit Jalil.
Kemenangan membolehkan SSM Bukit Jalil melonjak ke tangga kedua, terikat tujuh mata dengan SMK Bukit Nenas manakala SMK Tunku Mahkota Ismail yang menewaskan SMK Putera dengan jaringan 3-1, melonjak ke tangga ketiga.
Liga Piala Kementerian Pelajaran Malaysia dan Piala Super 100 Plus adalah beberapa program dan pertandingan peringkat remaja yang disokong 100 PLUS, pembekal minuman isotonic di Malaysia.
Selain bolasepak kejohanan lain seperti, kejohanan Golf Remaja Terbuka Malaysia 100PLUS, dan kejohanan Badminton Remaja Sirkit KEbangsaan 100PLUS.
100PLUS diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara, MSN.
KEPUTUSAN
LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)
SSM Bukit Jalil 2
SMK Seberang Temerloh (Pahang) 0
SMK Tunku Mahkota Ismail (Johor) 3
SMK Putera (Kelantan) 1
SMK Tabuan Jaya (Sarawak) 1
SMK Za’ba (N.Sembilan) 0
SMK Syed Hassan (Perlis) 1
SMK Seksyen 11 (Selangor) 1
CARTA KEDUDUKAN PASUKAN LIGA SUPER 2016 | ||||||||
PASUKAN | P | M | S | K | J | B | BG | Mt |
SMK BUKIT NENAS (TERENGGANU) | 3 | 2 | 1 | 0 | 5 | 2 | 3 | 7 |
SSM BUKIT JALIL (B14) | 4 | 2 | 1 | 1 | 5 | 3 | 2 | 7 |
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) | 3 | 2 | 0 | 1 | 6 | 2 | 4 | 6 |
SMK SEBERANG TEMERLOH (PAHANG) | 4 | 2 | 0 | 2 | 5 | 4 | 1 | 6 |
SMK ZA’BA (N.SEMBILAN) | 3 | 1 | 1 | 1 | 2 | 1 | 1 | 4 |
SMK TABUAN JAYA (SARAWAK) | 3 | 1 | 1 | 1 | 2 | 3 | -1 | 4 |
SMK SYED HASSAN (PERLIS) | 3 | 0 | 2 | 1 | 1 | 3 | -2 | 2 |
SMK SEKSYEN 11 (SELANGOR) | 3 | 0 | 2 | 1 | 2 | 5 | -3 | 2 |
SMK PUTERA (KELANTAN) | 4 | 0 | 2 | 2 | 3 | 8 | -5 | 2 |
LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)
MSS Putrajaya 2
SMK Tun Hussein Onn (Johor) 0
SSM Pahang 1
SMK Gunung Rapat (Perak) 0
SMK Datuk Peter Monjuntin (Sarawak) 1
SMK Mutiara Impian (P.Pinang) 0
CARTA KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PERDANA 2016 | ||||||||
PASUKAN | P | M | S | K | J | B | BG | Mt |
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SABAH) | 3 | 2 | 0 | 1 | 3 | 1 | 2 | 6 |
SSM PAHANG (B13) | 4 | 2 | 0 | 2 | 5 | 6 | -1 | 6 |
SMK TUNKU ANUM T.A.R (KEDAH) | 4 | 1 | 2 | 1 | 6 | 3 | 3 | 5 |
MSS PUTRAJAYA (B14) | 4 | 1 | 2 | 1 | 4 | 3 | 1 | 5 |
SMK SERI KOTA (MELAKA) | 3 | 1 | 2 | 0 | 2 | 1 | 1 | 5 |
SMK SERI TITIWANGSA (KUALA LUMPUR) | 3 | 1 | 1 | 1 | 2 | 3 | -1 | 4 |
SMK TUN HUSSEIN ONN (JOHOR) | 4 | 1 | 1 | 2 | 5 | 7 | -2 | 4 |
SMK GUNUNG RAPAT (PERAK) | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 3 | 0 | 3 |
SMK MUTIARA IMPIAN (P.PINANG) | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 | -3 | 3 |