Oleh Ku Mohd Lufti
Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) tidak mahu lagi memanjang isu pertelingkahan dengan Taekwondo Malaysia (TM), sebaliknya mahu kembali memberi fokus terhadap pembangunan atlet sukan itu.
Presiden MTA, Ā Raja Taharudin Raja Datuk Nong Chik berkata pihaknya secara rasmi telah menarik diri terhadap rayuan mahkamah ke atas Taekwondo Malaysia yang diiktiraf sebagai badan persatuan yang sah oleh Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF).
Dua persatuan ini bertelagah sesama sendiri untuk mendapatkan pengiktirafan daripada WTF sehingga memaksa campur tangan pelbagai pihak, termasuklah Kementerian Belia dan Sukan.
Susulan daripada itu, WTF memutuskan untuk tidak mengiktiraf MTA, malah tidak membenarkan atlet dibawah persatuan ini untuk bertanding di peringkat antarabangsa kelolaan WTF.
āNaik turun mahkamah bukan perkara mudah dan melibatkan kos yang tinggi, kita tidak akan ke mana mana jika memanjangkan perkara ini, kami merasakan ini adalah masa untuk memperbetulkan kembali hala tuju persatuan daripada menunding jari kea rah orang lain.āKata Raja Taharuddin.
Sebagai langkah permulaan, MTA menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Taekwondo Moo Duk Kwan Malaysia (MMKSTA) dalam membangunkan atlet khusunya diperingkat akar umbi.
Menerusi kerjasama ini, Raja Taharuddin mengharapkan beberapa lagi persatuan dibawah sukan taekwondo akan bergabung bersama sama dengan MTA kelak.
āMasa lalu, kita mempunyai atlet atlet yang berkualiti, kita harap persatuan persatuan lain akan bergabung bersama sama supada dapat mencungkil bakat baru dan memberi peluang kepada anak anak bangsa yang berlatih bersungguh sungguh untuk diketengahkan.ā
Tambah Raja Taharudin lagi, proses penggabungan ini turut melibatkan kerjasama dengan wakil Persekutuan Taekwondo Kukkiwon dari Korea Selatan yang akan memberi bantuan tanaga pakar dalam bidang kejurulatihan.