Muhammad Azeem Fahmi âmunculâ di arena trek pada usia 14 tahun selepas layak ke final acara 100 meter di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak. Bermula dari situ, gelaran âUsain Bolt Malaysiaâ telah mencetuskan fenomena baharu sukan olahraga negara.
Bercita-cita menjadi individu yang berjaya sama ada di dalam mahupun di luar trek, Muhammad Azeem yang mencatat keputusan 6 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah memilih untuk melanjutkan pelajaran serta mengembangkan karier sukannya di Universiti Auburn Alabama di Amerika Syarikat.
Kurang sebulan âberguruâ di bumi Amerika Syarikat, anak jati Teluk Intan, Perak ini terus unggul apabila memadamkan rekod berusia 24 tahun acara 60 meter milik Watson Nyambek dikejohanan olahraga dalam dewan.
Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.63 saat di Terbuka Texas Tech & Multi di Texas , 0.03 saat lebih pantas daripada Watson Nyambek, ketika beraksi di Kejohanan Dunia Jepun pada Mac 1999.
Malah, atlet berusia 19 tahun ini juga memadamkan rekod acara pecut 100meter yang dipegang Khairul Hafiz Jantan 10.18 saat ketika beraksi di peringkat saringan, Kejohanan Remaja Dunia, Colombia tahun lalu dengan catatan masa 10.09 saat
Pencapaian yang telah dilakar Muhammad Azeem membuka mata pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS untuk memilih beliau sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS 2022 di Majlis Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS 2022 yang akan dilangsungkan pada 29 Ogos 2023 di Petaling Jaya.
Pengarah Urusan Perhubungan Kerajaan dan Industri dan Pengurusan Halal, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd Datoâ Raffiq Md Ariff berkata pencapaian konsisten Muhammad Azeem sejak mula penglibatannya dalam sukan amat menakjubkan dan berharap atlet muda ini akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan sekali gus mengangkat martabat sukan olahraga ke tahap yang lebih tinggi.
âKita dapat menyaksikan permata baharu dalam pembikinan dalam arena olahraga negara selepas era 90an iaitu Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim sentiasa menghadirkan cerita yang manis untuk sukan tanah air.
âKami berharap anugerah yang diberikan kepada Muhammad Azeem dapat dijadikan motivasi untuk terus cemerlang dalam arena olahraga sekali gus membanggakan rakyat Malaysia khususnya,â katanya.
Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2022, turut dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori;â Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM RM7,000 beserta trofi.
Untuk edisi kali ini, SAM memperkenalkan Anugerah Pengulas Sukan Popular dengan enam calon telah dikenal pasti hasil perbincangan bersama dengan pihak berkaitan dan pemenang akan ditentukan menerusi undian orang ramai.