Pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke suku akhir acara pecut lelaki di Velodrom Anna Meares.
Muhammad Shah Firdaus mengejutkan juara dunia itu dalam pusingan penyingkiran, yang juga pemenang pingat emas acara keirin semalam.
“Semua orang tahu lawan saya memang sukar dan saya ikut seperti perancangan John (Beasley) dan saya gembira saya berjaya kalahkan juara dunia baru-baru ini di Appledon,” katanya.
Terdahulu Muhammad Shah menduduki tempat ke-16 dalam pusingan kelayakan selepas mencatat 10.013 saat manakala Glaetzer pula mencipta rekod kejohanan dengan masa 9.583s yang juga masa terpantas.
Pusingan suku akhir akan berlangsung pada 3.05 petang waktu tempatan. – BERNAMA