Pemain kelahiran Selangor, Muhd Afif Muhd Fathi mengungguli hari pertama Kejohanan Golf Remaja Terbuka Malaysia 100PLUS 2016 dengan catatan 68 pukulan 4 dibawah par.
Beliau, mencatat 34 pukulan disembilan lubang pertama dan terakhir untuk menerajui saingan.
Mengekori rapat adalah pemain dari Sarawak, Lim Beng Keat yang hanya ketinggalan satu pukulan dibelakang pendahulu dengan catatan pada hari pertama 69 pukulan tiga dibawah par.
Pemenang pingat emas Sukan Malaysia 2016 Daeng Abdul Rahman dari Sarawak yang beraksi untuk pasukan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Louis Tee dari Singapura berkongsi kedudukan ditempat ketiga dengan catatan 70 pukulan dua dibawah par.
“Putting menjadi penyelamat saya hari ini. Green disini laju dan saya menghadapi kesukaran di lubang ke 10,” kata Muhd Afif.
“Saya tidak kisah mendahului atau tidak, apa yang penting, saya cuba merancang untuk memastikan pukulan yang terbaik, keputusan akan datang secara automatik jika saya bermain baik.
“Saya perlu memperbaiki teknik putting dan permainan pantas untuk pastikan keputusan yang lebih baik dilakar pada hari kedua dan seterusnya.”
Manakala empat pemain berkongsi kedudukan keempat dengan catatan par 72, dua daripadanya merupakan pemain MGA, Galven Kendall Green, dan Khavish Varman Varadan, Tommy Tan dari Singapura dan Rio Wong Lei Yoong dari Kuala Lumpur.
Saingan bagi kategori wanita turut diungguli pemain yang beraksi untuk MGA, Qistina Balqis Azhar apabila menutup hari pertama dengan catatan 71 pukulan satu dibawah par.
Pemain kelahiran Johor ini berkelebihan tiga pukulan didepan rakan sepasukan, Nur Syazani Amalia Shahzan yang mencatat 74 pukulan 2 diatas par pada hari pertama.
“Saya bermain dengan teruk disembilan lubang pertama, putting saya agak lemah. Namun saya berjaya memperbaiki pemainan di Sembilan lubang terakhir,” kata Qistina Balqis, yang juga pemenang pingat perak bagi acara golf berpasukan untuk negeri Terengganu di SUKMA Sarawak 2016.
“Saya tidak menjangkakan kedudukan ini, kerana saya hanya mahu fokus lubang demi lubang di setiap permainan. Saya perlu perbaiki kelemahan khususnya putting di fairway dan green jika mahu mengekalkan posisi ini,”
Tiga pemain berkongsi kedudukan ditempat ketiga, Zulaikah Nurziana Nasser dari Selangor, Aykary Wynn Htun dari Myanmar dan Ange Hii dari Sarawak dengan catatan 78 pukulan enam dibawah par.
Kejohanan Golf 100 PLUS Remaja Terbuka Malaysia 2016 berlangsung dari 15 hingga 17 Ogos di Kelab Golf Templer Park, Rawang.
KEPUTUSAN HARI PERTAMA
LELAKI
68 Muhammad Afif Muhd Fathi
69 Lim Beng Keat
70 Louis Tee
70 DAeng Abdul Rahman
71 Benjamin Yeap
72 Khavish Verman Varadan
72 Tommy Tan
72 Galven Kendall Green
72 Rio Wong Lei Yoong
73 Muhammad Iqbal Saharudin
WANITA
71 Qistina Balqis Azhar
74 Nur Syazani Amalia Shahzan
78 Aykary Wynn Htun
78 Angel Hii
78 Zulaikah Nurziana Nasser
79 Liyana Durisic
80 Megan Lee Zehui
81 Vinisha Gunaseelan
81 Sonya Akther
82 Rubanyah Sedopathy