Pelumba negara, Muizz Musyaffa mencuri tumpuan di perlumbaan Formula 4 SEA selepas menaiki podium selaku naib juara di perlumbaan kedua pagi tadi.
Beliau yang memulakan perlumbaan kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand itu sedikit goyah dipermulaan, dan bersaing sengit dengan seorang lagi pelumba negara, Alister Yoong bagi perebutan tempat pertama dan kedua diawal perlumbaan.
Pelumba Australia, Josh Smith tampak lebih tangkas untuk memanfaatkan peluang terhidang sekaligus memimpin perlumbaan di ketika di pusingan keenam sekaligus muncul juara.
Muizz yang berada dikedudukan kedua sementara Alister semakin ketinggalan dibelakang cuba memberi tentangan ke atas Josh, namun akur untuk menamatkan perlumbaan selaku naib juara.
Bagi Muizz menaiki podium adalah  impian semua pelumba, tetapi masih belum memadai.
“Permulaan saya agak teruk dimana kekuatan enjin hanya 3000 RPM sahaja tetapi berjaya untuk berada di depan tetapi Josh memintas dengan pantas ketika di selekoh kelima. Dia sememannya pelumba yang baik tetapi secara keseluruhannya adalah baik untuk saya tetapi masih belum mencukupi,”kata Muizz.
Empat perlumbaan berlangsung bagi saingan yang memasuki pusingan keempat dimana Josh Smith muncul pelumba terbaik selepas muncul juara di perlumbaan ke dua dan tiga gelaran naib juara.