Selepas enam tahun, buat pertama kalinya pencabar kejuaraan, Ahmad Fazrul Sham berada di tangga teratas dalam senarai kelas perdana CP130 dan menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 di Litar Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, 17 dan 18 Oktober, pelumba itu bersyukur kerana telah membuat keputusan untuk terus berlumba pada musim ini.
Pada usia 30 tahun, Fazrul kini muncul pendahulu keseluruhan terutama hasil kemenangan hatrik di Kuala Terengganu, Melaka dan Kangar (Pusingan 4, 5 dan 6). Pembatalan perlumbaan di Teluk Intan akibat faktor cuaca juga meletakkan Fazrul selesa di tangga teratas dengan 95 mata.
Menduduki kelompok atas carta sebenarnya bukanlah satu pencapaian asing buat pelumba kelahiran Perak itu terutamanya sekitar tahun 2004 sehingga 2008.
“Sebenarnya peralihan karier saya agak pantas. Saya menamatkan saingan Wira di kedudukan kedua pada tahun 2004 dan pada 2005, saya beralih ke kelas Novis dan pada tahun tersebut juga beralih ke kelas Expert setelah mengesahkan kedududukan di tangga kedua dalam kategori tersebut sebelum penghujung musim. Pada 2006, saya beraksi sepenuhnya dalam kelas Expert dan menamatkan kedudukan di tangga kedua di belakang Suhadi Ali Rahmat. Pada tahun 2008, saya memperoleh keputusan serupa namun kali ini di belakang abang saya, Ahmad Fazli Sham,” imbas Fazrul.
Walau bagaimanapun, keputusan Fazrul beralih dari pasukan berporfil tinggi, pasukan Maju pada tahun 2009 hampir memusnahkan kariernya.
“Ketika itu saya masih muda dan sering dahagakan perkara baru. Saya kemudian menyertai pasukan lain setelah diberikan janji-janji manis namun tidak dari segi pencapaian,” jelasnya.
Dari tahun 2009 sehingga 2014, Fazrul seringkali bertukar pasukan bagi mendapatkan semula aura kemenangan yang ada padanya sebelum itu. “Ia ibarat saya sedang mengembara dari satu tempat ke satu tempat dalam usaha untuk mengembalikan prestasi saya. Malah, pada masa sama saya hanya mampu memerhati rakan-rakan seperjuangan meraih pencapaian mengkagumkan. Azlan Shah beralih ke kelas Moto2 manakala Zamri Baba dianggap antara pelumba terbaik Malaysia di dalam kelas SuperSports 600cc.
Malah ketika menerima tawaran Yamalube AHM untuk membawa cabaran mereka pada musim 2015, Fazrul pada asalnya tawar hati untuk menerima tawaran tersebut.
“Saya sebenarnya memutuskan untuk berhenti sahaja dari perlumbaan. Walaupun pasukan ini dibayangi nama besar iaitu AHM, namun saya sebenarnya sudah letih untuk mencuba dan terus mencuba nasib bersama pasukan baru. Namun, mereka menggunakan abang saya, Fazli untuk memujuk dan dia berjaya mengubah fikiran saya. Dia menegaskan walaupun mereka sebuah pasukan baru, namun mereka juga berjaya membawa Iskandar Raduann untuk berada di kelompok hadapan pada musim 2014,” jelas Fazrul yang akhirnya kembali ke litar bermula Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Menjelang perlumbaan Pusingan 8 di MAEPS minggu ini, pelumba yang sedang memberikan cabaran kepada Fazrul dalam senarai keseluruhan tidak lain dan tidak bukan ialah abangnya, Ahmad Fazli. Juara dua kali Cub Prix itu kini dipisahkan dengan 25 mata, bekas rakan sepasukan dan telah bersaing lebih dari satu dekat selama ini, adik beradik ini yakin persaingan tersebut tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan malah yakin untuk membawa pulang gelaran ke pangkuan keluarga mereka.
“Sudah banyak kali saya menamatkan saingan di tempat kedua, jadi saya begitu teringin untuk meletakkan nama saya dikalangan juara Cub Prix. Pada masa sama tidak dinafikan Fazli juga dalam pemburuan gelaran ketiga peribadinya. Tidak kira apa berlaku, keutamaan adalah untuk memastikan piala kemenangan akan disimpan dalam keluarga kami,” jelas Fazrul membayangkan kemungkinan akan mengatur strategi untuk bekerjasama dengan Fazli meskipun keduanya berada dalam pasukan berbeza.
FAZRUL: THANKFUL I DIDN’T QUIT
For the first time in six years, seasoned Cub Prix campaigner Ahmad Fazrul Sham is back at the top of the premiere CP130 class standings. As the competition hots up with three rounds remaining on the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship calendar, Fazrul is just thankful that he decided to give it one final season.
30-year-old Ahmad Fazrul Sham brought himself to the forefront of the CP130 title chase with a hat-trick of wins in Kuala Terengganu, Melaka and Kangar (Rounds 4, 5 and 6). The recent aborted race in Teluk Intan also bought Fazrul a measure of relief as he still tops the charts with 95 points.
Dominating the riders’ standings was something that Fazrul used to do on a regular basis, especially from seasons 2004 to 2008.
“I climbed up the ranks very fast. I finished second overall in the Wira class during my debut year in 2004. In 2005, I moved up and again ranked second overall in the Novice class. In 2006, I was upgraded to the Expert category and completed the Championship in second place behind Suhadi Ali Rahmat. Similarly in 2008, I was again the vice champion behind my brother Ahmad Fazli Sham,” recalled Fazrul.
However, Fazrul’s decision to move away from the high-profile Maju team in 2009 almost ended his career. “I was young and eager to try new things back then. Seduced by sweet promises, I joined new teams that were big on promises but small on results,” he said.
From 2009 to 2014, Fazrul moved from one team to another, searching for the elusive X-factor that could put him back into title contention. “It really felt like I was wandering in the motorsports wilderness. While I was trying to get myself out of the quagmire, I watched my peers move on to do amazing things. Azlan Shah went on to the Moto2 class of the MotoGP while Zamri Baba is still acknowledged as the best Malaysian rider on the 600cc class.”
When the offer came from team Yamalube AHM to helm their 2015 rider line-up, Fazrul initially turned it down. “I had already decided that I was going to retire from racing. In spite of the AHM team name, I was simultaneously weary and leery of joining new outfits. But it was Fazli who made me change my mind. He pointed that that this new team was able to bring Iskandar Raduan to finish top five in the 2014 season,” said Fazrul about his fateful decision to give it one last shot.
As the riders gear up for Round 8 that will take place at the Malaysia Agro Exhibition Park (MAEPS) in Serdang, Selangor this weekend, Fazrul’s main contender will be his elder sibling, 2-times Cub Prix champion, Ahmad Fazli Sham. The brothers are separated by 25 points, but having raced both as team mates and rivals for more than a decade, the duo are confident of keeping both their championship hopes and their family bonds intact.
“I have finished second overall so many times. I really want to add my name to the Cub Prix hall of fame. But there is no denying that Fazli is also after his third title. Let’s just say that regardless of what happens, our main priority is to make sure that we keep the title within the family,” Fazrul hinted at a possible collaborative strategy with Fazli despite the two of them racing for different teams.