Ahmad Ezrie Shafizie Shazali

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, KLFA merasakan pihak mereka dipermainkan oleh Felda United apabila hasrat untuk mendapatkan dua pemain, Mohd Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Ezrie Shafizie Shazali tidak kesampaian.

Sebaliknya, Felda United bersetuju untuk melepaskan kedua dua pemain kepada Melaka United menerusi kontrak secara pinjaman.
Perkara tersebut jelas tidak disenangi Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Datuk Seri Idris Haron.

Malah, Datuk Seri Idris melihat urusan perpindahan Ferris dan Ezrie adalah sah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Football Limited Liability Partnership (FMLLP).

“Dari maklumat awal yg saya terima pihak pengurusan telahpun melalui proses proses yang dituntut oleh persatuan, jadi mereka mengatakan kepada saya jika tidak melalui proses itu pemain itu pun tak boleh dipindahkan.

“Mereka sudahpun dipindahkan dan sudah bermain untuk pasukan Melaka United, jadi mereka memberi jaminan kepada saya pemain itu (Ferris dan Ezrie) telahpun melalui proses proses yang dituntut oleh beberapa pihak termasuklah Persatuan Bolasepak Malaysia dan juga Persatuan Bolasepak Melaka sendiri, jadi kalau mereka tak melalui proses itu pemain itu tidak boleh dipindahkan dan tidak boleh bermain untuk pasukan Melaka.” KAta Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada media ketika mengahadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di MITC Ayer Keroh, Melaka.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menghantar surat kepada MUSA pada 29 Jun dan 1 Julai lalu, mempersoalkan tindakan Felda United yang sepatutnya mendapat kebenaran daripada KLFA bagi segala urusan berkaitan pemain-pemain yang ingin dipanggil pemilihan atau pinjaman kepada pasukan lain.

Antara kandungan dalam surat tersebut juga dinyatakan KLFA dan Felda United telahpun mengadakan perbincangan untuk mendapatkan khidmat Ferris Danial dan Ahmad Ezrie.

- Advertisement -