Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian mahu memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila turun menentang Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) âBâ B-14 dalam aksi separuh akhir pertama 100Plus Piala Liga Menteri Pendidikan Malaysia (KPM B-14) pada Jumaat. Â
Meskipun mengakui berdepan tugas getir, jurulatih skuad digelar Black Tigers itu, Faqhri Sobri menjelaskan mereka mempunyai rencah diperlukan untuk melakar kemenangan dan membawa bekalan untuk aksi timbal balik di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang pada 23 September depan.Â
âSudah tentunya kami akui SSMP adalah pasukan yang bukan calang-calang, mereka mempunyai himpunan pemain terbaik dari seluruh negara.
âTetapi, saya percaya SSN juga mempunyai bakat-bakat berkualiti, kami antara dua pasukan SSN di separuh akhir justeru kami akan cuba sedaya menyaingi dan memberi tentangan kepada mereka.
âBagi saya, ia bukanlah mustahil dan saya sentiasa terapkan kalau nak menang kena menang dari awal. Saya percaya pemain faham prinsip itu dan kita akan turun dengan mentaliti mahu memburu kemenangan,â kata Faqhri yang membimbing skuad itu muncul naib juara Piala Gothia B-14 di China bulan lalu. Â
Jurulatih berusia 33 tahun itu turut menjelaskan beberapa kelemahan ketika menentang SMK Seberang Temerloh dalam aksi terakhir Liga Super pada Ahad lalu telahpun dikenalpasti dan berjanji pasukannya akan tampil lebih baik di separuh akhir.
âKita perlu agresif dari awal, ketika menentang Temerloh tempoh hari kami agak lambat memberikan tekanan tetapi lebih dominan di babak kedua. Pemain kita banyak mencipta peluang tetapi kedudukan penyerang tidak di tempat yang betul menyebabkan banyak peluang dipersiakan. Ini antara aspek kita tekankan di sepanjang sesi latihan,â kata Faqhri. Â
Mutiara Impian mengesahkan tempat mereka di separuh akhir selaku naib juara Liga Super dengan 23 mata setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas SMK Seberang Temerloh.Â
SSMP âBâ B-14 pula melangkah bergaya dengan mencatat kemenangan besar 13-0 ke atas MSS Putrajaya dan muncul selaku juara Liga Perdana dengan 21 mata, satu mata mengatasi SMK Tunku Anum.
Tunku Anum akan berdepan dengan SSMP âAâ B-14 bimbingan Effendi Malek dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Mini Tunku Anum, Tok Jalal.
Untuk rekod, tahun lalu, gelaran juara menjadi milik Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil setelah menundukkan SSN Selangor, SMK Seksyen 11 di perlawanan akhir. – OLEH MUHAMMAD AIMAN