Jaguh tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui masih takut untuk turun beraksi di gelanggang tenis ketika dunia masih lagi berperang dengan Covid 19.

Tenis dijangka bakal memulakan saingan bermula dengan Terbuka Amerika Syarikat disusuli Grand Slam di Perancis.

Nadal bagaimanapun belum memutuskan samada mahu mempertahankan kejuaraan dua kejohanan tersebut.

Beliau hanya akan turun ke gelanggang andai situasi di negara terlibat selamat dan penularan Covid 19 berjaya dihapuskan.

Bagi pemain yang menduduki ranking kedua dua ini, keselamatan semua pihak adalah perkara utama yang perlu difikirkan penganjur Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Perancis.

Justeru beliau berharap penganjur akan membuat keputusan yang sewajarnya. 

 

 

- Advertisement -