Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, akan mengadakan satu mesyuarat khas, bagi mencapai kata putus berkenaan hala tuju temasya tersebut, di waktu penularan wabak COVID Nineteen ini.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasil mesyuarat melibatkan Seketeriat SUKMA bersama semua pemegang taruh dalam negeri, mendapati segala persiapan temasya berada di landasan yang betul.

“Kita sangat peka dengan Covid 19. Keputusan, akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi SUKMA, Saya telah bercakap dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Rizal Merican, beliau kata mesyuarat akan dilakukan dalam masa terdekat,”

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sir Muhyiddin Yassin dan arahan untuk menghentikan segala aktiviti sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Program jelajah promosi `Road To Sukma’ juga ditangguhkan, bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.

Menyentuh tentang venue SUKMA pula, projek pembangunan fasiliti dan Infrastruktur siap 85 peratus, dan akan diteruskan buat masa ini.

 

- Advertisement -