Menggalas tugas selaku perseorangan negara di Perodua Malaysia Masters 2020 seorang diri bukan cabaran mudah buat Lee Zii Jia yang kini disebut sebut sebagai pengganti lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Nasihat dan panduan daripada Chong Wei yang pernah menduduki ranking tertinggi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjadi pegangan buat Zee Jia yang sedang meniti liku liku yang pernah dilalui oleh seniornya.

 

“Edisi lalu juga saya pernah melalui situasi seperti ini dan Datuk (Lee Chong Wei) juga pernah berkata, dalam pemain perseorangan, kita perlu berseorangan jika mahu menjadi juara. Kalau kita sudah biasa dengan berseorangan, kita akan menjadi juara,”kata Zii Jia

Pemain berusia 21 tahun itu mara ke peringkat suku akhir Perodua Malaysia Masters 2020 selepas melakar kemenangan straight set 21-19, 22-20 ke atas wakil India Sameer Verma di pusingan kedua.

Verma ternyata beraksi di kelas tersendiri dan berjaya memerangkap Zii Jia untuk mendahului pada satu ketika.

Namun Zii Jia tampak sudah mampu membaca gerakan lawannya sebelum menyusun langkah untuk melakukan serang balas bagi meraih mata sekaligus menutup pusingan kedua dengan kemenangan.

Zii Jia dijadual berdepan Shi Yuqi yang juga pilihan ketujuh dari China di pusingan suku akhir esok.

- Advertisement -